Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1702887191:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 239
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 146996
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:101:"MBSJ akan mengumpul maklumat secukupnya sebelum mengeluarkan reka bentuk akhir untuk pengukuhan cerun";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => tanah runtuh
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Siasatan lanjut oleh beberapa jabatan masih diteruskan termasuk menentukan pelan mitigasi jangka panjang bagi menguruskan kejadian
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 45
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751049908";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:18;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1751049908
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Tanah runtuh: Siasatan lanjut masih diteruskan, tentukan pelan mitigasi jangka panjang | Scoop

Tanah runtuh: Siasatan lanjut masih diteruskan, tentukan pelan mitigasi jangka panjang

MBSJ akan mengumpul maklumat secukupnya sebelum mengeluarkan reka bentuk akhir untuk pengukuhan cerun

4:13 PM MYT

 

PUCHONG – Siasatan lanjut oleh beberapa jabatan masih diteruskan termasuk menentukan pelan mitigasi jangka panjang bagi menguruskan kejadian banjir dan tanah runtuh yang melanda kawasan perumahan Taman Wawasan di sini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, perbincangan lanjut sedang dilakukan antara pihaknya bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

“Sehingga hari ini, kita masih menjalankan siasatan menyeluruh untuk menentukan faktor-faktor lain yang menyebabkan berlakunya tanah runtuh di kawasan terbabit.

“Kemudian, selain mesyuarat, perbincangan dan pembentangan mengenai kes itu akan diadakan kerana isu ini bukan sekadar ‘bertemu dan beritahu’. Bukan itu caranya.

“Kami akan mengumpul maklumat secukupnya sebelum mengeluarkan reka bentuk akhir (untuk pengukuhan cerun),” katanya ketika dihubungi Scoop hari ini.

Tambah beliau, kejadian tanah runtuh yang berlaku adalah sesuatu yang di luar jangka dengan mengambil kira faktor saintifik seperti perubahan iklim dan hujan lebat.

Asisten Komisioner A A Anbalagan menjelaskan, pergerakan tanah dikesan di lokasi kejadian tanah runtuh petang semalam menyebabkan simen di hadapan pintu pagar beberapa rumah runtuh. – Alif Omar/Scoop, 18 Disember, 2023

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan dalam satu kenyataan memaklumkan, berlaku pergerakan tanah dikesan di lokasi kejadian tanah runtuh petang semalam menyebabkan simen di hadapan pintu pagar beberapa rumah runtuh.

Beliau berkata, sebanyak 46 cerucuk besi dilaporkan ditanam dan kerja itu akan disambung semula pagi ini.

Kejadian tanah runtuh di Jalan Wawasan 3/9 dan 3/14 itu yang berlaku pada jam 7.30 malam Sabtu lalu, turut menyebabkan empat kenderaan tertimbus, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Susulan kejadian itu, seramai 29 penghuni di sembilan rumah teres di Taman Wawasan Puchong diarah berpindah atas faktor keselamatan. – 18 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related