Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1702903980:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:151:"Menurut MoF, terdapat ‘loophole’ dalam sistem cukai jualan sedia ada yang menyebabkan amalan pengelakan cukai jualan berlaku dalam kalangan penjual";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => MoF
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Cukai jualan ke atas barang bernilai rendah (LVG) diimport yang dijual dalam talian, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Jan 2024, bertujuan
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 58
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 300
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 147127
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749564099";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:14;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749770942";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:23;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749770942
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Cukai jualan ke atas LVG import beri persaingan kepada perniagaan tempatan: MOF | Scoop

Cukai jualan ke atas LVG import beri persaingan kepada perniagaan tempatan: MOF

Menurut MoF, terdapat ‘loophole’ dalam sistem cukai jualan sedia ada yang menyebabkan amalan pengelakan cukai jualan berlaku dalam kalangan penjual

8:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Cukai jualan ke atas barang bernilai rendah (LVG) diimport yang dijual dalam talian, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Jan 2024, bertujuan memberi kesaksamaan persaingan kepada perniagaan tempatan, menurut Kementerian Kewangan (MoF). 

Katanya telah menjadi kelaziman di peringkat global untuk tidak mengenakan cukai jualan dan duti import ke atas barang import di bawah nilai ‘de minimis’ (minimum) dan di Malaysia, nilainya ditetapkan pada RM500 seunit barang bagi memudahkan urusan pelepasan kastam serta penghantaran melalui pos dan kurier.

“Kepesatan transaksi jualan dalam talian yang menjadi pilihan pengguna pada masa ini, telah mewujudkan layanan cukai yang tidak sama rata antara perniagaan dalam talian yang mengimport barang dari luar negara dan perniagaan yang beroperasi secara fizikal di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut MoF, terdapat ‘loophole’ dalam sistem cukai jualan sedia ada yang menyebabkan amalan pengelakan cukai jualan berlaku dalam kalangan penjual.

Katanya penggubalan akta berkaitan pengenaan cukai jualan ke atas LVG diimport ke Malaysia telah diumumkan dalam Belanjawan 2022.

Cukai jualan LVG diimport asalnya dijadual untuk dilaksanakan pada 1 April 2023 tetapi ditangguh bagi membolehkan kerajaan MADANI mengadakan sesi libat urus bersama-sama pemain industri untuk memperhalusi isu-isu pelaksanaan, katanya.

“Ini untuk memastikan pelaksanaan cukai ini dapat mencapai objektif, terutamanya untuk menangani isu ketidaksamarataan layanan cukai ke atas barang-barang bernilai rendah antara perniagaan tempatan yang beroperasi secara fizikal dan perniagaan dalam talian,” katanya.

Cukai jualan pada kadar 10 peratus dikenakan ke atas LVG bernilai RM500 ke bawah yang diimport ke Malaysia melalui jalan darat, laut atau udara.

Cukai ini tidak dikenakan ke atas rokok, produk tembakau, minuman keras dan rokok paip kerana kesemua barang ini telah dikenakan duti import, duti eksais dan cukai jualan.

Menurut MoF, penjual dalam talian tempatan dan luar negara yang menjual LVG diimport ke Malaysia dengan nilai melebihi RM500,000 dalam tempoh 12 bulan boleh memohon untuk berdaftar di bawah Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2022 melalui mylvg.customs.gov.my/. 

Negara-negara jiran telah menguatkuasakan cukai ke atas LVG, antaranya Singapura berkuat kuasa 1 Jan 2023 dan Indonesia (1 April 2023), katanya. – 18 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related