Pengarah JSJ Bukit Aman tinjau lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan

Tiada apa-apa kenyataan dikeluarkan bagi merungkai persoalan tragedi yang memasuki hari ke-14 itu

4:00 PM MYT

 

PETALING JAYA – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilihat berada di kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini bagi meninjau lokasi penemuan mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6.

Scoop difahamkan, beliau tiba di lokasi pada 1.10 petang dan beredar sejam kemudian.

Shuhaily meninjau Blok R dan di kawasan aliran anak sungai yang terletak kira-kira 100 meter dari kawasan rumah kanak-kanak itu.

Bagaimanapun, Shuhaily ketika ditanya mengenai perkembangan semasa siasatan kes itu berkata, ia akan dimaklumkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

“Tiada kenyataan daripada saya, semua maklumat akan disalurkan Ketua Polis Selangor,” katanya secara ringkas kepada media.

Zayn Rayyan disedari hilang sejak 12.30 tengah hari 5 Disember lalu, sebelum ibunya, Ismanira Abdul Manaf membuat hebahan di media sosial dan laporan polis.


Usaha pencarian dijalankan polis dengan dibantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan anjing pengesan Unit K9 yang membabitkan kawasan belukar dan longkang berhampiran dalam radius kira-kira 300 meter.

Dia kemudian ditemukan tidak bernyawa sehari kemudian di kawasan anak sungai, berhampiran kediamannya.

Menurut kenyataan polis, sungai berkenaan terletak kira-kira 100 meter dari kawasan rumah kanak-kanak itu.

Dalam sidang medianya sebelum ini, Shuhaily berkata, Zayn Rayyan dipercayai dibunuh di tempat lain, bukan di lokasi mayatnya ditemukan.

Susulan penemuan itu, polis giat menjalankan siasatan terperinci bagi memburu suspek menerusi pelbagai kaedah, termasuk menjalankan pengambilan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas penduduk secara beramai-ramai.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – 20 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

I’m not a man of politics, just born into a high-profile family: Mirzan Mahathir 

The 65-year-old businessman sees each accusation not as a threat, but as a challenge – an opportunity to fortify his character and forge his legacy. 

Greener future: Naza, China’s Grandblue ink MoU to modernise waste management

This sets the stage for business collaboration in advocating sustainable circular economy

Nurinsafi determined to rebound after demoralising MHL start

After conceding 13 goals in their first two matches, Nurinsafi Sporting aims to regroup and overcome their defensive frailties as they prepare to face Liaoning in the Malaysia Hockey League

Related