KPDN Perak laksana 508 program Jualan Rahmah, libat hampir 750,000 pengunjung tahun ini

Ia merupakan pencapaian besar kerana dapat membantu rakyat terutama golongan B40 meringankan kos pembelian barang keperluan harian, kata Datuk Kamalludin Ismail

8:57 AM MYT

 

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak telah melaksanakan 508 program Jualan Rahmah yang menyaksikan kehadiran 748,584 pengunjung di semua kawasan Dewan Undangan Negeri tahun ini.

Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata ia merupakan satu pencapaian yang besar bagi pihaknya kerana program itu dapat membantu rakyat terutama golongan B40 dalam meringankan kos pembelian barang keperluan harian mereka.

Beliau berkata sebanyak 186 pengusaha restoran dan kedai makan di Perak juga telah berdaftar dengan KPDN untuk menyediakan Menu Rahmah di premis mereka.

“Menu Rahmah bukan sekadar satu senarai makanan tetapi ia mencerminkan komitmen KPDN Perak dalam memastikan pengguna mendapat akses kepada barangan dan makanan berkualiti dengan harga yang berpatutan. 

“Penekanan pada standard kualiti dan keselamatan produk dalam Menu Rahmah adalah usaha untuk menjadikan setiap hidangan yang terdapat dalam menu itu tidak hanya lazat tetapi juga selamat untuk dimakan,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Pengguna KPDN Perak 2023 di sini semalam.

Pada majlis itu, KPDN Perak turut memberi anugerah penghargaan bagi Program Jualan Rahmah kepada pembekal yang terlibat selain menyampaikan insentif Kad Diskaun Khas Pengusaha Menu Rahmah kepada enam penerima.

Kamalludin berkata kad itu adalah inisiatif bersama enam pasar raya iaitu Aeon Big, Mydin, NSK, Giant, Lotus’s dan Econsave selaku rakan strategik KPDN yang menawarkan diskaun hingga 40% bagi pembelian barang keperluan perniagaan.

Beliau juga berkata terdapat peningkatan signifikan dalam jumlah pemeriksaan serta siasatan oleh penguat kuasa KPDN tahun ini yang menyaksikan 70,036 pemeriksaan dilaksana di bandar dan luar bandar membabitkan 943 kes dengan nilai rampasan RM6.2 juta (RM6,216,161.37), peningkatan sebanyak 203.21 peratus lebih tinggi berbanding tahun lepas iaitu RM2.05 juta (RM2,050,343.31).

“Pencapaian ini turut disumbangkan oleh kejayaan Ops Tiris iaitu Operasi membanteras penyelewengan diesel bersubsidi. Nilai kompoun yang dikenakan tahun ini juga meningkat 55.5 peratus iaitu daripada RM530,300 kepada RM824,850.

“Data ini menunjukkan penguatkuasaan yang lebih berkesan dalam menangani isu penyelewengan diesel bersubsidi melalui peningkatan jumlah pemeriksaan, jumlah kes yang dikesan, nilai rampasan yang diperoleh, dan hukuman yang dikenakan,” katanya. – Disember 21, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related