Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1703164760:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 148123
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:168:"Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah dan Pengarah Eksekutif Datuk Syed Nazim Syed Faisal, masing-masing didenda RM1.38 juta";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Serba Dinamik
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka Serba Dinamik Holdings Bhd dan 10 pengarahnya serta turut mengenakan denda daripada
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 71
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 205
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749493094";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:18;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749873998";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:4;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749873998
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Bursa tegur, denda 10 pengarah Serba Dinamik | Scoop

Bursa tegur, denda 10 pengarah Serba Dinamik

Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah dan Pengarah Eksekutif Datuk Syed Nazim Syed Faisal, masing-masing didenda RM1.38 juta

9:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka Serba Dinamik Holdings Bhd dan 10 pengarahnya serta turut mengenakan denda daripada RM355,200 hingga RM1.38 juta.

Menurut bursa dalam kenyataan hari ini, syarikat tersebut melanggar enam Keperluan Penyenaraian Pasaran Utamanya (LR Utama).

Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah dan Pengarah Eksekutif Datuk Syed Nazim Syed Faisal, masing-masing didenda RM1.38 juta.

Pengerusi Bukan Eksekutif Datuk Abdul Kadier Sahib didenda RM785,400 manakala Datuk Awang Daud Awang Putera, Datuk Mohamed Ilyas Pakeer Mohamed, Johan Mohamed Ishak, Datuk Seri Mohamed Farid Abu Hassan dan Siti Zaleha Sulaiman didenda antara RM600,000 dan RM710,400.

Noor Azri Noor Azerai dan Abu Bakar Uzir, masing-masing didenda RM355,200 dan RM360,400.

“Penemuan pelanggaran dan denda yang dikenakan ke atas Serba Dinamik dan pengarahnya telah dibuat (mengikut) perenggan 16.19 LR Utama apabila proses yang sewajarnya selesai dan selepas mengambil kira semua fakta dan situasi perkara itu,” katanya.

Bursa berkata ia mengambil kira pelanggaran dan impaknya terhadap syarikat, pemegang saham dan pelabur serta peranan, tanggungjawab, pengetahuan, penglibatan dan tata laku, tindakan dan ketidaktindakan para pengarah.

Katanya terdapat “peninggalan tugas yang serius” oleh Lembaga Pengarah dan juga kegagalan tadbir urus korporat, terutamanya dalam kegagalan mereka memastikan pendedahan maklumat material yang betul dan tepat pada masanya, ketelusan pasaran dan pematuhan terhadap arahan pengawal selia.

“Bursa Malaysia Securities tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengarah yang gagal melaksanakan tugas mereka (termasuk pengarah yang baru dilantik dan tanpa mengambil kira peletakan jawatan pengarah), justeru, membenarkan/menyebabkan syarikat tersenarai itu melakukan pelanggaran LR Utama,” katanya.

Menurut bursa, ia memandang serius pelanggaran itu berikutan pendedahan penyata kewangan dan maklumat material yang tepat pada masanya dan tepat menjadi kewajipan asas syarikat yang tersenarai dan amat penting untuk memastikan pasaran yang teratur dan adil, mengekalkan integriti pasaran dan keyakinan pelabur.

“Wajib bagi syarikat yang tersenarai dan pengarah mereka untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia Securities.

“Semua pengarah, eksekutif atau bukan eksekutif syarikat yang tersenarai juga perlu memastikan pematuhan LR Utama dan mengekalkan standard integriti, akauntabiliti, tadbir urus korporat dan tanggungjawab yang tertinggi kepada pemegang sahamnya dan orang ramai yang melabur,” katanya. – 21 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related