6 pelancong terkandas di Pulau Rawa berjaya diselamatkan

Kesemua pelancong berusia antara 35 hingga 60 tahun dipindahkan ke jeti awam Syahbandar, Mersing

10:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Enam pelancong yang terkandas di Pulau Rawa, Mersing, Johor akibat cuaca buruk Monsoon Timur Laut berjaya diselamatkan dan dibawa keluar dari pulau berkenaan.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, bot ronda Maritim Malaysia PERKASA 31 yang sedang dalam rutin OP JAKSA diarahkan ke lokasi bantuan setelah menerima aduan daripada pengusaha resort pulau tersebut pada jam 7.45 pagi tadi.

Menurutnya, bantuan aset berjaya memindahkan kesemua pelancong yang terdiri daripada dua warga Perancis, dua dari Singapura dan dua warga tempatan berusia antara 35 hingga 60 tahun ke jeti awam Syahbandar, Mersing.

“Walaupun dalam keadaan hujan lebat dan laut bergelora, bot ronda Maritim Malaysia berjaya memindahkan kesemua pelancong ke jeti awam Syahbandar, Mersing pada jam 9.45 pagi tadi.

“Kesemua mereka berada dalam keadaan baik dan selamat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Maritim Malaysia mengingatkan orang ramai agar senitasa berwaspada ketika menjalankan aktiviti di persisir pantai dan lautan semasa musim tengkujuh.

Katanya, fenomena pasang besar diramalkan bermula 19 November hingga 31 Disember ini amat berbahaya kepada semua aktiviti di persisir pantai dan juga lautan.

“Untuk sebarang aduan kecemasan dan keselamatan dilaut, segera hubungi talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-219 9404,” katanya. – 21 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

Mount Ruang eruption: MAS, AirAsia, Batik Air cancel flights between KL and Sabah, S’wak

Multiple flights between KL and both Sabah as well as Sarawak have been cancelled following the eruption of Mount Ruang in Indonesia.

Related