Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1703168561:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 239
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 148153
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:150:"JAIPk tidak pernah mengeluarkan pensijilan halal untuk premis berkenaan sepanjang operasinya dan perkara itu perlu diambil berat oleh masyarakat Islam";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Halal
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Pengarah JAIPk Harith Fadzilah Abdul Halim berkata hasil semakan oleh Bahagian Pengurusan Halal JAIPk mendapati restoran terbabit bukan
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 54
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749587012";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:20;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749587012
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Restoran tular di Teluk Intan tiada sijil halal: JAIPK | Scoop

Restoran tular di Teluk Intan tiada sijil halal: JAIPK

JAIPk tidak pernah mengeluarkan pensijilan halal untuk premis berkenaan sepanjang operasinya dan perkara itu perlu diambil berat oleh masyarakat Islam

10:22 PM MYT

 

IPOH – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mengesahkan Restoran Hawayi di Teluk Intan tidak mempunyai sijil halal. 

Pengarah JAIPk Harith Fadzilah Abdul Halim berkata hasil semakan oleh Bahagian Pengurusan Halal JAIPk mendapati restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.

Beliau berkata JAIPk tidak pernah mengeluarkan pensijilan halal untuk premis berkenaan sepanjang operasinya dan perkara itu perlu diambil berat oleh masyarakat Islam. 

“Saya menasihati seluruh masyarakat Islam agar berhati-hati apabila kita ke restoran dan tempat makan. Sebagai orang Islam kita digalakkan tengok ada logo halal atau tidak,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Terdahulu, isu status halal restoran terbabit hangat diperkatakan di laman sosial Facebook sehingga menimbulkan kebimbangan pengguna Muslim lain. 

Malah seorang pengguna laman Facebook dengan nama Abang Ameen menyatakan hasil semakan di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tiada menemukan rekod restoran terbabit mempunyai sijil halal. 

Sementara itu, Harith Fadzilah berkata pihaknya turut menasihati orang ramai khususnya masyarakat Muslim agar tidak cepat terpengaruh dengan kehadiran ramai orang Islam ke kedai berkenaan. 

“Orang Islam wajib memastikan semua makanan dan minuman bersih, suci dan halal kerana ia menjadi darah daging kita. Paling penting pastikan setiap restoran atau tempat makan itu mempunyai SPHM kerana tanda halal itu adalah jika operasi dan bahan makanan di sesebuah premis itu menepati syarat,” katanya. 

Beliau berkata sebagai pengguna, mereka boleh membuat semakan melalui aplikasi telefon pintar dan sikap berhati-hati dalam memilih premis makanan amat wajar dilakukan kerana masyarakat Islam perlu berhati-hati dalam hal ehwal berkaitan makan serta minum selain berdasarkan hukum syarak.

“Itu sebab kita galakkan kepada mana-mana pemilik restoran dan individu untuk memohon sijil halal kerana ia lebih meyakinkan masyarakat,” katanya. – 21 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related