Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1703403999:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 223
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 148978
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:107:"Semua suspek ditahan di kediaman mereka dan polis masih mengesan empat individu lain bagi membantu siasatan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Semua suspek ditahan di kediaman mereka dan polis masih mengesan empat individu lain bagi membantu siasatan
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748203791";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:20;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748203791
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => lelaki dibunuh
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 59
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Kes lelaki dibunuh abang teman wanita: 3 beradik direman 7 hari | Scoop

Kes lelaki dibunuh abang teman wanita: 3 beradik direman 7 hari

Semua suspek ditahan di kediaman mereka dan polis masih mengesan empat individu lain bagi membantu siasatan

3:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga beradik yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan seorang lelaki yang mayatnya ditemukan tertanam di belukar di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Choh, Rawang, malam tadi.

Semua suspek ditahan di kediaman mereka di kawasan sama susulan laporan kejadian yang diterima polis pada kira-kira jam 11.25 malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Gombak Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, suspek terdiri daripada dua lelaki berusia 29 dan 33 tahun serta wanita 32 tahun.

“Selain daripada tiga suspek ditahan ini, polis masih mengesan empat suspek yang masih bebas, iaitu dua lelaki dan dua wanita,” katanya seperti dilaporkan media hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal polis menjumpai mayat lelaki tanpa pengenalan diri yang dipercayai warga tempatan ditanam dalam satu kawasan belukar.

“Semua suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, seorang lelaki maut dipukul dengan menggunakan kayu, botol dan tong besi oleh abang teman wanitanya sebelum mayatnya ditanam di belakang rumah keluarga pelaku.

Ariffin berkata, kes dilaporkan berlaku pada jam 11 pagi itu dipercayai berpunca akibat perselisihan faham.

Katanya, mangsa dilaporkan ke rumah berkenaan bersama empat suspek, termasuk teman wanitanya untuk berbincang mengenai masalah hubungan mereka.

“Bagaimanapun, berlaku pertengkaran dan pergaduhan di rumah berkenaan. Pada 5 petang seorang daripada ahli keluarga itu terdengar perbualan antara suaminya dan abang iparnya untuk menanam satu mayat.

“Justeru, wanita berusia 27 tahun itu membuat laporan polis pada 11.25 malam,” katanya.

Bertindak atas laporan, ujarnya, sepasukan polis dikerah ke tempat kejadian dan menahan tiga adik-beradik terbabit bagi membantu siasatan kes itu.

Pada masa sama, beliau berkata, polis menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9) untuk mengesan kedudukan mayat terbabit, sebelum ia berjaya digali keluar pada jam 5 pagi tadi.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat ASP Puteri Noor Asiah Mohd Sharif di 012-6718024 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak 03-61262242,” katanya. – 24 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Himpunan Freedom For Palestine dikecam, sebilangan peserta sifatkan tidak capai matlamat

Ada peserta yang mendakwa penganjur turut menggelar mereka yang mengangkat sepanduk mengecam Netanyahu sebagai ‘zionis’.

LGBTQ+ rights advocacy: Somebody else please, not Matty Healy

The troubled lead singer of British rock band The 1975 made global headlines this weekend following his outburst against the country’s laws governing LGBTQ+ activities during a performance at the Good Vibes Festival at the Sepang motorsport circuit on Friday.

Penang lift tragedy: boss to face legal action over worker’s death if OSHA violation found

Penang Department of Occupational Safety and Health (DOSH) director Hairozie Asri said the department investigated the location as soon as they received information about the incident. He said DOSH has also issued an immediate stop work notice pending investigations.

Related