Pemilihan Amanah: Dr Dzul raih undi tertinggi, atasi Khalid, Mat Sabu

Dr Dzulkefly memperoleh 900 undi, diikuti Khalid (755) dan Mohamad Sabu di tangga kelapan dengan 613 undi

6:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemilihan Amanah sesi 2023-2026 hari ini menyaksikan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memperolehi undi tertinggi iaitu 900 undi bagi merebut 27 tempat Ahli Jawatankuasa parti itu.

Keputusan itu juga menyaksikan jumlah undi diperolehi beliau mengatasi jumlah undi diraih penyandang jawatan presiden, Datuk Seri Mohamad Sabu dengan 613 undi di tangga kelapan.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad berada di kedudukan kedua tertinggi dengan 899 undi manakala Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof ketiga dengan 755 undi.

Seramai 98 calon bertanding bagii pemilihan jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah kali ini, bagi merebut 27 kerusi yang dipertandingkan. – 24 Disember, 2023

Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah bagi penggal 2023 hingga 2026 yang dipilih pada Konvensyen Amanah 2023:

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
Khalid Abd Samad
Azli Yusof
Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa
Datuk Mahfuz Omar
Suhaizan Kaiat
Adly Zahari
Datuk Seri Mohamad Sabu
Datuk Dr Hasan Bahrom
Dr Siti Mariah Mahmud
Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
Datuk Dr Mohd Hatta Ramli
Muhammad Faiz Fadzil
Mohd Sany Hamzan
Anfaal Saari
Izham Hashim
Datuk Dr Ismail Salleh
Ahmad Sabki Yusof
Lahirul Latigu
Dr Ahmad Termizi Ramli
Datuk Asmuni Awi
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
Ridzwan Abu Bakar
Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab
Wan Anwar Wan Ibrahim
Dr Muhaimin Sulam
Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related