KUALA LUMPUR – Pengunjung di tapak jualan but kereta (car boot sale) di Damansara dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki di dalam sebuah kereta, pagi semalam.
Dalam perkongsian di laman X, seorang peniaga berkata, kejadian disedari selepas ramai yang mengadu terhidu bau busuk kurang menyenangkan ketika berada di kawasan berhampiran.
“Ada bau busuk, ingatkan najis haiwan, dari jauh sudah berbau.
“Selepas itu ada orang nampak lelaki terbaring dalam kereta dan sudah kembung. Ada salinan kad pengenalan di depan keretanya,” katanya.
Sementara itu, seorang saksi mendakwa menemukan nota dipercayai ditinggalkan mangsa di dalam kereta tersebut.
“Tolong hubungi abang atau kakak saya,” menurut nota itu.
Scoop sedang mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa mengenai kejadian itu. – 25 Disember, 2023