KUALA LUMPUR – Empat orang lelaki termasuk dua warga emas terpaksa memanjat sebatang pokok besar di sebuah kebun sayur di tepi Sungai Brooke, Pos Blau, Gua Musang, Kelantan bagi menyelamatkan diri akibat limpahan air sungai yang semakin tinggi.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kejadian itu dilaporkan kepada pihak bomba pada pukul 7.31 pagi ini dan usaha menyelamat digerakkan melibatkan pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang ke lokasi.

Ketua Balai BBP Gua Musang turut serta dalam operasi penyelamatan itu dan pasukannya menuju ke lokasi mangsa terperangkap dengan menaiki bot penyelamat.
Kesemua mangsa berjaya dibawa turun serta dibawa ke tempat yang lebih selamat dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10 pagi. – 25 Disember, 2023