Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1703492346:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_oembed_a23fb45ab69424f981de17acdf12606c] => Array
        (
            [0] => {{unknown}}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 354
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 149326
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-140984
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:80:"‘Sedih dengan nasib khususnya remaja lelaki yang diletakkan beban kesalahan’";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => rogol
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Seorang peguam mencetuskan polemik berkaitan kesalahan rogol mandatori yang dilihatnya hanya meletakkan beban kesalahan terhadap pelaku
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 63
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-140984
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752742351";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:8;i:1;}}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752220847";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:8;i:1;i:18;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752742351
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Peguam lontar persoalan mengenai polemik kesalahan rogol mandatori | Scoop

Peguam lontar persoalan mengenai polemik kesalahan rogol mandatori

‘Sedih dengan nasib khususnya remaja lelaki yang diletakkan beban kesalahan’

4:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang peguam mencetuskan polemik berkaitan kesalahan rogol mandatori yang dilihatnya hanya meletakkan beban kesalahan terhadap pelaku khususnya remaja lelaki akibat daripada gadis bawah umur yang secara terang-terangan ‘mencari’ mereka untuk melepaskan nafsu.

Dalam perkongsian pendapatnya di Facebook, peguam terbabit, Amir Hamzah menulis, betapa ramai ‘budak-budak’ (remaja) lelaki yang kena tuduh di bawah kesalahan itu akibat senario berkenaan.

Beliau menggunakan istilah ‘bohsia’ (Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan sebagai gelaran remaja perempuan yang suka berpelesiran, berfoya-foya, melepak dan sering terlibat dalam kegiatan maksiat) dalam penulisan berkenaan.

“Bohsia ini satu kampung tahu jahat, ibu bapa tahu jahat, tapi tak buat apa-apa, sekadar hantar sekolah akhlak sahaja.

“Seteruk-teruk perbuatan zina, alangkah ruginya bila anak muda kena sebat, penjara bertahun-tahun lamanya, sedangkan bohsia ini masih bebas berkeliaran, mungkin cari orang lain pula.

“Saya malu nak sebut hal ini, memalukan. Tapi tolonglah ibu bapa pantau anak sendiri (supaya) jangan jadi mangsa,” katanya.

Menurutnya, ada kes dilaporkan dalam Jurnal Undang-Undang Malaysia (MLJ) di mana si gadis yang memujuk rayu untuk mengadakan hubungan seks.

“Dia mengaku pada masa bicara dan dia sayangkan teman lelakinya, mereka berkahwin dan ada anak. Tetapi si lelaki masih kena sebat, masih meringkuk dalam penjara. Sedih dengan nasib lelaki,” katanya.

Beliau menambah, ini kerana dalam undang-undang, jika lelaki memaksa (remaja perempuan) melakukan hubungan seks ia dikira kesalahan rogol.

“Tetapi kalau perempuan pula paksa untuk seks, itu tidak dianggap rogol. Kesedaran perlu ada walaupun isu yang sensitif dan menggores ego,” katanya. – 25 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Impact of social engineering on fake news: insights from M’sia – Syed Mohammed Idid

IN the digital age, social engineering has emerged as a pervasive tactic used to manipulate individuals and exploit their trust. This article explores the concept of social engineering and its significant impact on the proliferation of fake news. By examining a recent example in the Malaysian context, we can better understand the dangers associated with this phenomenon.

Kasih sayang, berbuat baik kepada jiran antara terkandung dalam Hadis 40 Imam Nawawi

Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi secara amnya menghimpunkan panduan kehidupan yang bukan menjurus kepada ibadah umat Islam semata-mata malah merangkumi keseluruhan moral dan nilai murni kehidupan manusia pelbagai agama dan kefahaman

Related