Persediaan hadapi bencana: 3 negeri diminta aktifkan jawatankuasa pengurusan

Ia susulan notis amaran hujan berterusan waspada (kuning) dikeluarkan NADMA sebagai langkah meningkatkan tahap kesiapsiagaan, terutama di kawasan berisiko tinggi

4:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Terengganu, Pahang dan Johor diminta mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri dan Daerah, susulan amaran hujan berterusan waspada (kuning) dikeluarkan hari ini.

Notis itu dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), susulan hujan berterusan dijangka berlaku sehingga esok.

Menurutnya, jawatankuasa itu juga diminta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana bakal berlaku, terutama di kawasan berisiko tinggi.

“Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah juga dimohon untuk memastikan setiap pusat pemindahan sementara (PPS) dilengkapi dengan keperluan asas.

“Jawatankuasa ini juga dimohon memastikan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian mencukupi, selain berada di dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan.

“Semua pusat operasi/kawalan bencana peringkat pusat hendaklah memanjangkan notis ini ke peringkat negeri dan daerah,” katanya.

Menerusi notis dikeluarkan pada jam 2 petang tadi, amaran itu setakat ini membabitkan Dungun dan Kemaman di Terengganu; Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Segamat, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Pada masa sama, notis itu memaklumkan, NADMA melalui NDCC akan sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal.

NDCC, katanya, sentiasa dalam kesiapsiagaan menerima maklumat bencana, bantuan pengurusan dan pengoperasian bencana dari semasa ke semasa melalui nombor telefon 03-80642400, faksimili 03-80642429 dan alamat emel opsroom@nadma.gov.my,” katanya. – 26 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

I’m not a man of politics, just born into a high-profile family: Mirzan Mahathir 

The 65-year-old businessman sees each accusation not as a threat, but as a challenge – an opportunity to fortify his character and forge his legacy. 

Uncertainty surrounds Damok’s future in Moto3

The disappointing performance of Malaysia’s Moto3 rider, Syarifuddin Azman, at the 2023 Malaysian Motorcycle Grand Prix (MotoGP) at the Sepang International Circuit (SIC) yesterday is posing a threat to his chances to compete next season.

Greener future: Naza, China’s Grandblue ink MoU to modernise waste management

This sets the stage for business collaboration in advocating sustainable circular economy

Related