Pelajar universiti maut jatuh tingkat 34 ketika ambil baju

Mangsa dikatakan bertindak memanjat meja dan pagar balkoni sebelum hilang keseimbangan dan terjatuh

10:49 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar universiti tempatan maut selepas dilaporkan terjatuh dari tingkat 34 kondominium di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, mangsa berusia 18 tahun itu terjatuh selepas dipercayai cuba mengambil baju yang jatuh di kaki lima balkoni.

Menerusi laporan diterima polis daripada dua saksi, mangsa memanjat sebuah meja dan pagar balkoni sebelum hilang imbangan badan, sebelum terjatuh dari kondominium yang mempunyai 39 tingkat itu dengan setiap aras memiliki empat rumah.

“Saksi kejadian menyatakan mangsa memaklumkan ingin mengambil sehelai t-shirtnya yang terjatuh di kaki lima balkoni rumah.

“Mangsa bertindak memanjat sebuah meja dan kemudian memanjat pagar balkoni tersebut.

“Bagaimanapun, mangsa hilang keseimbangan dan terjatuh ke bawah kondomunium,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.17 malam dan mayatnya ditemukan di tingkat bawah kondominium berkenaan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat. – 27 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related