Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1703656024:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 149903
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:152:"Pendakwah kontroversi itu mempunyai masa sehingga 16 Januari 2024 untuk memfailkan pembelaan dalam saman fitnah dikemukakan bekas pemimpin DAP berkenaan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Zakir Naik
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik diberi masa hingga 16 Januari tahun depan untuk memfailkan pembelaannya berhubung
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 67
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 284
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750200269";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:21;i:1;i:22;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750200269
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Syaitan lawan musuh terbesar Islam: Ramasamy, Zakir Naik sekali lagi ‘bertarung’ di mahkamah | Scoop

Syaitan lawan musuh terbesar Islam: Ramasamy, Zakir Naik sekali lagi ‘bertarung’ di mahkamah

Pendakwah kontroversi itu mempunyai masa sehingga 16 Januari 2024 untuk memfailkan pembelaan dalam saman fitnah dikemukakan bekas pemimpin DAP berkenaan

1:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik diberi masa hingga 16 Januari tahun depan untuk memfailkan pembelaannya berhubung saman fitnah dikemukakan terhadapnya atas dakwaan melabelkan bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy sebagai ‘musuh terbesar Islam’.

Perkara itu diputuskan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Nur Shasha Hidayah Nor Azahar pada prosiding pengurusan kes yang dijalankan secara e-review pagi tadi..

Selain ganti rugi, Ramasamy memohon injunksi bagi mengarahkan Zakir membuat permohonan maaf secara terbuka di Facebooknya dan di akhbar arus perdana pelbagai bahasa serta tidak mengulangi fitnah didakwa itu.

Ramasamy juga mempunyai masa hingga 9 Februari untuk memfailkan responsnya terhadap dakwaan Zakir yang dibuat menerusi video berdurasi lapan minit ketika berucap di Nigeria, sebelum ia dimuat naik ke Facebook rasmi pendakwah itu pada 4 November.

Pengurusan kes ditetapkan pada 19 Februari 2024. Ramasamy diwakili Shamsher Singh Thind manakala Datuk Akberdin Abdul Kader mewakili Zakir.

Pada November, Ramasamy membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Bukit Mertajam berhubung video itu, dengan mendakwa kata-kata Zakir boleh ‘menjadi fitnah jenayah dan penggunaan multimedia yang tidak wajar’.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP itu turut mengeluarkan surat tuntutan terhadap Zakir berhubung video sama.

Terdahulu, pada 2 November lalu, Mahkamah Tinggi di sini, memerintahkan Ramasamy membayar RM1.52 juta kepada Zakir selepas hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz mendapati pembelaan Ramasamy dalam saman fitnah difailkan Zakir tidak boleh diterima.

Hakim mendapati bekas ahli DAP itu tidak dapat membuktikan kebenaran atau sewajarnya membenarkan penerbitan kenyataannya yang tidak tepat, termasuk mengenai tindakan beliau menggelar Zakir sebagai ‘syaitan’. – 27 Disember 2023

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related