Polis siasat terperinci dakwaan ketua balai hantar ‘mesej lucah’

Siasatan awal mendapati dakwaan itu tidak benar dan pihak terbabit belum tampil membuat laporan polis, namun kes berkenaan terus disiasat

5:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Siasatan awal dijalankan pihak berkuasa berhubung dakwaan ketua di sebuah balai di kawasan Port Dickson menghantar mesej lucah kepada seorang wanita yang juga dikatakan isteri orang mendapati, ia tidak benar dan tidak berasas.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, dakwaan menerusi aplikasi Telegram itu juga disyaki tohmahan berniat jahat bagi menjatuhkan kredibiliti ketua polis balai berkenaan dan imej pasukan.

Malah, katanya, setakat ini, pihak polis belum menerima sebarang laporan polis daripada individu terbabit atau wanita yang dikatakan menjadi mangsa, seperti didakwa dalam kumpulan perbualan itu.

“Pada 25 Disember 2023, lebih kurang jam 1.15 petang, keluar kenyataan dalam Telegram berkenaan seorang individu, iaitu Ketua Polis Balai Lukut mengganggu dan menghantar mesej berunsur lucah kepada seorang perempuan.

“Siasatan awal dapati kenyataan dikeluarkan itu tidak benar dan disyaki tohmahan berniat jahat, demi menjatukan kredibiliti ketua polis balai berkenaan serta imej pasukan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Beliau berkata, bagaimanapun, siasatan lanjut akan tetap diteruskan dari sudut tatatertib.

Katanya, tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati ada perlanggaran disiplin berlaku.

Pada masa sama, polis menasihati orang awam supaya tidak menularkan isu terbabit kerana perbuatan itu, boleh diambil tindakan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi Multimedia.

Terdahulu, tular tangkap layar aplikasi perbualan memaparkan mesej dihantar seorang individu didakwa sebagai ketua balai berkenaan kepada seorang wanita.

Menerusi beberapa mesej dihantar pada awal pagi sekitar jam 5.31 hingga 5.38 pagi itu, lelaki terbabit bertanyakan sama ada wanita itu sudah tidur dan meluahkan kerinduan.

Dia kemudia bertanya apakah jenis dan warna pakaian sedang dikenakan wanita itu dan beberapa kali mendesak untuk mendapatkan jawapan.

Lelaki itu turut bertanya sama ada suami wanita terbabit ada bersamanya atau tidak.

Bagaimanapun, wanita itu tidak menjawab soalan berkenaan, malah meminta supaya dirinya tidak terus diganggu kerana dia bukan ‘perempuan murahan’ seperti disangka.

Mesej memaparkan nama dan jawatan Ketua Polis Balai Lukut sebagai maklumat kontak diset itu, kemudian tular dengan ramai netizen mendesak perkara terbabit disiasat dan pegawai berkenaan dikenakan tindakan jika benar. – 27 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related