Curi RM85,000: Tiga anggota polis akan didakwa di mahkamah hari ini

Polis terima aduan pemilik premis mendakwa wang tunai RM85,000 disimpan hilang

8:54 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga anggota polis yang didakwa terlibat kes kecurian wang tunai RM85,000 ketika operasi khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Lebuh Pudu, Khamis lalu, akan dihadapkan ke mahkamah, pagi ini.

Memetik laporan media, sumber memberitahu, ketiga-tiga mereka yang berusia 26 hingga 35 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

“Mereka akan dituduh pada pukul 9 pagi ini,” katanya kepada Scoop.

Baru-baru ini Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, polis menerima aduan daripada pemilik premis pada pukul 12.36 tengah malam, 22 Disember lalu yang mendakwa wang tunai RM85,000 yang disimpan di premis itu hilang.

“Dalam siasatan itu, kita telah menahan seramai tiga anggota polis berusia 26 hingga 36 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes kehilangan wang tunai seperti mana yang dilaporkan,’’ katanya.

Terdahulu, tular satu laporan polis berkaitan kejadian terbabit di media sosial, yang mana pengadu mendakwa wang hasil perniagaan berjumlah RM85,000 tersimpan dalam almari di premisnya didapati hilang.

Pengadu mendakwa, semakan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam premis itu menunjukkan tiga anggota polis dilihat memasuki premisnya pada hari kejadian.

Dalam operasi besar-besaran bermula jam 11 pagi itu, sebanyak 60 premis di lokasi berkenaan serta di sekitar Kompleks Kota Raya diperiksa dan seramai 1,101 warga asing ditahan untuk pemeriksaan. – 29 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

Onn Hafiz, Rozi dilantik Pengerusi Jawatankuasa BN Johor, Terengganu

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rozi Mamat dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Barisan Nasional (BN) Negeri masing-masing

Pardons Board should disclose reasons behind Najib’s sentence reduction, urges Ramkarpal

The Pardons Board should disclose the reasons behind its decision to grant ex-prime minister Datuk Seri Najib Razak a reduced prison sentence and fine, said Bukit Gelugor MP Ramkarpal Singh.

Related