Afrika Selatan fail permohonan heret Israel ke ICJ

Negara itu tegaskan rejim zionis melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Palestin di Gaza

11:53 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Afrika Selatan memfailkan permohonan untuk memulakan prosiding terhadap rejim zionis di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda, atas jenayah melakukan pembunuhan beramai-ramai atau genosid ke atas rakyat Palestin.

Menurut kenyataan ICJ, negara itu dalam permohonannya menegaskan Israel telah mencabuli kewajibannya di bawah Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid susulan situasi rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

ICJ memaklumkan, dalam permohonan itu juga, Afrika Selatan menarik perhatian umum bahawa Israel mungkin melakukan tindakan sama pada masa depan.

Dalam permohonan itu juga, Afrika Selatan menarik perhatian umum bahawa Israel mungkin mengulangi kekejaman sama pada masa depan. – Gambar ICJ, 30 Disember, 2023

“Oleh itu Afrika Selatan meminta ICJ mengeluarkan arahan sementara kepada Israel supaya menghentikan serangannya di Gaza.

“Negara itu turut menuntut mahkamah untuk melindungi hak-hak rakyat Palestin daripada sebarang kemudaratan,” katanya.

Kata ICJ, dalam permohonan itu, Afrika Selatan memaklumkan tindakan Israel adalah jelas satu bentuk genosid kerana ia dilakukan dengan ‘niat khusus’ untuk memusnahkan rakyat Palestin di Gaza.

Katanya, Afrika Selatan selanjutnya menyatakan Israel sejak 7 Oktober lalu telah gagal ‘mencegah’ melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

“Israel telah terlibat dan berisiko untuk terus terlibat dalam tindakan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza,” kata ICJ merujuk permohonan itu.

Bagaimana belum ada tarikh ditetapkan bagi ICJ mendengar kes tersebut. – 30 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Interfaith Council concerned over proposed guidelines on Muslim participation in non-Muslim events

It said the guidelines mooted by the government, could have implications for religious understanding, tolerance, and acceptance among all Malaysians

Related