Pekerja asing maut terkena renjatan elektrik di tapak pembinaan

Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan adalah pekerja subkontraktor yang dilantik untuk menjalankan kerja-kerja pemasangan penyaluran dan perpaipan

6:06 PM MYT

 

GEORGE TOWN – Seorang pekerja warga asing maut selepas terkena renjatan elektrik semasa menjalankan kerja-kerja kimpalan di sebuah tapak pembinaan dengan menggunakan ‘scissor lift’ atau pengangkat gunting, di sini, Sabtu lalu.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang dalam kenyataan hari ini memaklumkan kejadian itu berlaku kira-kira 9.45 pagi dan siasatan awal mendapati lelaki berkenaan merupakan pekerja subkontraktor yang dilantik untuk menjalankan kerja-kerja pemasangan penyaluran dan perpaipan di tapak pembinaan tersebut.

“Mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri oleh rakan mangsa yang menyedari lelaki itu telah tergantung di atas ‘scissor lift’ dan rakannya membawa turun mangsa sebelum membawa dia keluar dari tapak pembinaan tersebut,” menurut kenyataan itu dan mangsa disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang.

JKKP Pulau Pinang memaklumkan notis pemberhentian kerja serta-merta bagi pemasangan penyaluran dan perpaipan di tapak pembinaan itu telah dikeluarkan.

Jabatan itu turut mengarahkan majikan untuk menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian dan langkah penambahbaikan serta membuat pembentangan kes kepada pihaknya.

Menurut JKKP Pulau Pinang, pihaknya akan menjalankan siasatan susulan dengan mendapatkan dokumen berkaitan dan merakam percakapan dalam pemeriksaan bagi saksi yang dikenal pasti, selain mengadakan lawatan susulan ke premis tersebut selepas tindakan penambahbaikan serta pencegahan diambil.

“Adalah menjadi tanggungjawab majikan di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

“Majikan yang mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja, perlu membuat analisa risiko dan mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum sebarang aktiviti kerja dijalankan,” menurut kenyataan itu. – 1 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Related