Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1704183861:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 152006
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:88:"Ketiga-tiga mangsa berusia dalam lingkungan 27 hingga 33 tahun kini dalam keadaan stabil";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => tembakan
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Niat enam sekawan mahu menjamu selera di sebuah kedai kopi di Sibu, Sarawak semalam bertukar tragedi apabila dua lelaki tidak dikenali
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 61
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_stopmodifiedupdate] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_modified_date] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 193
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749906134";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:6;i:1;i:13;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749906134
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Berpantang maut sebelum ajal, 3 cedera kena tembakan di kedai kopi | Scoop

Berpantang maut sebelum ajal, 3 cedera kena tembakan di kedai kopi

Ketiga-tiga mangsa berusia dalam lingkungan 27 hingga 33 tahun kini dalam keadaan stabil

2:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Niat enam sekawan mahu menjamu selera di sebuah kedai kopi di Sibu, Sarawak semalam bertukar tragedi apabila dua lelaki tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah tiga daripada mereka sebelum melarikan diri.

Ketiga-tiga mangsa yang mengalami kecederaan dibawa ke pusat perubatan swasta untuk menerima rawatan dan kini dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili memberitahu Borneo Post Online bahawa kesemua mangsa berusia dalam lingkungan 27 hingga 33 tahun.

“Polis masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (bagi cubaan membunuh),” katanya.

Sementara itu, dalam sidang media hari ini, Zulkipli berkata, polis melancarkan gerakan memburu dua lelaki bersenjata yang terlibat dalam kes cubaan membunuh itu.

Katanya, motif kejadian sedang disiasat membabitkan pelbagai sudut.

“Terdapat tiga kesan tembakan di bahagian badan mangsa pertama iaitu di paha kiri, paha kanan dan kaki kanannya, manakala mangsa kedua cedera di bahu kiri dan manga ketiga cedera di bahu sebelah kanan.

“Sebanyak 10 kelongsong peluru dipercayai pistol separa automatik 9mm ditemui dari tempat kejadian,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan mendapati dua suspek itu tiba di premis terbabit menggunakan motosikal berasingan kira-kira jam 4.55 petang.


Katanya, seorang daripada suspek menghampiri tiga mangsa yang sedang minum bersama tiga yang lain di kedai makan itu.

“Suspek kemudian melepaskan beberapa das tembakan dari jarak dekat, manakala seorang lagi rakan suspek melepaskan tembakan dari jarak kira-kira 20 meter.

“Akibatnya, tiga daripada mangsa cedera manakala tiga lagi berjaya melarikan diri tanpa cedera dan memaklumkan kepada polis,” katanya.

Sementara itu, Zulkipli turut menasihati orang ramai supaya tidak mensensasikan kejadian itu kerana ia masih dalam siasatan polis.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu, diminta supaya menyalurkannya kepada pegawai penyiasat ASP Mingat Bakil di talian 0198867978 atau melaporkan di balai polis berhampiran,” katanya. – 2 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related