Polis cari Fauziah bantu siasatan kes tipu katering perkahwinan

Media sebelum ini melaporkan sebuah keluarga mendakwa kerugian lebih RM13,000 akibat ditipu dengan pakej kenduri kahwin

5:01 PM MYT

 

SEREMBAN – Polis sedang mengesan seorang wanita warga tempatan bagi membantu siasatan kes penipuan dalam urusan katering untuk majlis perkahwinan di Jempol dekat sini pada Disember lepas.

Ketua Polis Daerah Jempol, Hoo Chang Hook berkata, wanita berkenaan dikenali Fauziah Abdul Hamid, 40, dan beralamat terakhir di Taman Alam Budiman, Shah Alam, Selangor.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita itu boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Daerah Jempol, Sarjan Norhisham Zulkifli di talian 017-6219957 atau 06-458222 (102),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan sebuah keluarga mendakwa kerugian lebih RM13,000 akibat ditipu dengan pakej kenduri kahwin sehingga menyebabkan mereka terpaksa memasak sendiri hidangan untuk kenduri berkenaan yang berlangsung pada 24 Disember lalu.

Hoo berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – 2 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related