Tanah runtuh Taman Wawasan: 50% cerucuk siap ditanam

Singga petang tadi 590 cerucuk besi, termasuk 375 cerucuk di kawasan fasa satu sudah selesai ditanam untuk menghentikan sebarang pergerakan tanah

11:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja penanaman cerucuk besi fasa dua di kawasan parit besar berhampiran lokasi tanah runtuh di Jalan Wawasan 3/9, Taman Wawasan, Puchong, di sini, telah siap 50 peratus.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A Anbalagan berkata, hingga petang tadi sebanyak 590 cerucuk besi termasuk 375 cerucuk di kawasan fasa satu sudah selesai ditanam untuk menghentikan sebarang pergerakan tanah.

“Anggaran penanaman cerucuk ini siap oleh kontraktor dalam dua minggu, namun ia bergantung kepada keadaan cuaca semasa,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, tiada sebarang pergerakan tanah susulan dilaporkan berlaku di kawasan itu, walaupun kerap hujan kebelakangan ini.

Pada 16 Disember lalu, 29 penghuni sembilan rumah teres di Taman Wawasan, Puchong diarah berpindah atas faktor keselamatan berikutan kejadian tanah runtuh berhampiran kediaman mereka yang turut mengakibatkan empat kenderaan tertimbus. – 2 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Mat Sabu says rice supply can last four to five months

There is sufficient rice supply to cover the country’s domestic needs for the next four to five months, said Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu.

Related