Banjir: Kelantan pulih, jumlah mangsa di Pahang kekal

Laporan Nadma turut memaklumkan 18 jalan masih ditutup akibat banjir, cerun runtuh dan kerosakan

6:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keadaan banjir di Kelantan pulih sepenuhnya dengan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Pasir Mas yang sebelum ini menempatkan 26 mangsa daripada tujuh keluarga ditutup pada 4 petang tadi.

Menurut laporan terkini situasi banjir di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), jumlah mangsa banjir di Pahang pula kekal tujuh orang daripada dua keluarga di sebuah PPS di Maran.

Sementara itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati dua sungai berada pada paras bahaya melibatkan Sungai Arau, Perlis dengan trend meningkat, manakala Sungai Pulai di Johor Bahru, Johor menunjukkan trend menurun.

Laporan itu turut memaklumkan 18 jalan masih ditutup akibat banjir, cerun runtuh dan kerosakan antaranya Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu; Jalan Sungai Sam ke Dabong di Jeli, Kelantan; Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Kupang – Gerik – Jeli di Hulu Perak, Perak dan Jalan Kota Tinggi – Kluang di Johor. – 3 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related