Malaysia kutuk serangan bom berhampiran kubur Jeneral Panglima Iran

Perdana Menteri menggesa dalang insiden itu diheret ke muka pengadilan

8:38 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia membantah dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom berhampiran kubur Jeneral Panglima yang dibunuh, Qasem Soleimani di bandar Kerman, Iran, semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar dalang serangan tidak berperikemanusiaan itu diheret ke muka pengadilan.

“Amat menyedihkan tatkala beberapa bom dilaporkan meledak di wilayah Kerman berdekatan Iran semalam.

“Ia meragut hampir seratus nyawa yang tidak berdosa dan mencederakan lebih dua ratus yang lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada rakyat Iran atas kejadian letupan berkembar yang mengorbankan ratusan nyawa.

“Sudah hampir tiga bulan dunia menyaksikan pembantaian Israel ke atas mereka yang tidak berdosa di Palestin dan yang terbaru di Lubnan dua hari yang lalu.

“Malaysia turut berdukacita dan bersolidariti. Di tahun baharu ini, Malaysia ingin mengajak dunia untuk ikut membantah budaya ganas dan rakus dan selamatkan kemanusiaan sejagat,” katanya.

Kejadian letupan berkembar berhampiran kubur Qasem semalam membunuh sekurang-kurangnya 103 orang awam.

Menteri Dalam Negeri Iran, Ahmad Vahidi berkata, letupan pertama berlaku pada jam 3 petang waktu tempatan dalam wawancara dengan saluran berita negara IRIB.

Menurut Ahmad, letupan kedua pula berlaku 20 minit kemudian, apabila pengunjung datang membantu mangsa yang cedera.

Sehingga kini, tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab melakukan letupan itu.

Susulan tragedi itu, Iran mengisytiharkan hari ini sebagai hari berkabung.

Pengumuman itu dibuat menerusi siaran televisyen kerajaan.

“Susulan insiden pengganas di Kerman, kerajaan mengisytiharkan Khamis sebagai hari untuk berkabung awam di seluruh negara,” menurut televisyen berkenaan. – 4 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

MAHB posts over 11 mil in total passenger movements for Feb 2024

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) showed an unusually strong growth momentum with a record of 11 million passenger movements in February 2024 despite the shorter month.

Ringgit eases against dollar as Fed official’s comments dampen rate cut hopes

Local note at 4.6910/6950 versus greenback at 9am

New beginnings: Sabah debuts its own MM2H programme

Move aims to attract retirees, expatriates, long-term residents amid disagreements with federal Tourism Ministry

Related