Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1704417487:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 437
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 153001
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-124856
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-124856
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:124:"Mohd Na’im berkata, jika terbukti berlaku, ia tidak boleh diterima kerana dianggap pengkhianatan terhadap amanah diberikan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Zakat
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu penyelewengan duit zakat membabitkan sebuah syarikat ejen kutipan
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 52
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750152721";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:9;i:1;}}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750210665";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:1;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750210665
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Kes seleweng duit zakat: Tunggu siasatan selesai, beri kepercayaan sepenuhnya kepada polis | Scoop

Kes seleweng duit zakat: Tunggu siasatan selesai, beri kepercayaan sepenuhnya kepada polis

Mohd Na’im berkata, jika terbukti berlaku, ia tidak boleh diterima kerana dianggap pengkhianatan terhadap amanah diberikan

9:18 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu penyelewengan duit zakat membabitkan sebuah syarikat ejen kutipan dilantik oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, perkara berkenaan sedang dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya baru dimaklumkan mengenai siasatan polis dijalankan terhadap dakwaan penyelewengan wang zakat tersebut. Kita mengharapkan satu siasatan terperinci akan dijalankan.

“Saya juga harap kita semua mengambil pendekatan menunggu dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada PDRM untuk menjalankan siasatan,” katanya menerusi video yang dikongsi di Facebook miliknya, hari ini.

Pada masa sama, Mohd Na’im turut menzahirkan kekecewaan sekiranya penyelewengan itu terbukti berlaku membabitkan agensi yang dipertanggungjawabkan mengutip dan mengagihkan wang zakat.

“Jadi agak sedihlah sekiranya ada dalam kalangan kita ini yang ambil peluang untuk menyeleweng duit zakat.

“Ia (perbuatan itu) tak boleh diterima kerana ia satu pengkhianatan terhadap amanah yang diberikan,” katanya.

Semalam, media melaporkan polis menyiasat sebuah syarikat dilantik sebagai ejen kutipan zakat oleh MAIPk selepas disyaki menyeleweng kutipan zakat sebanyak RM9.62 juta.

Siasatan dijalankan selepas syarikat terbabit dipercayai gagal mendepositkan wang zakat bermula Mac hingga September 2023.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kes itu antara empat kes jenayah pecah amanah berkait kutipan zakat sepanjang tahun lalu.

Katanya dua kes lain direkodkan di Selangor, diikuti satu di Terengganu selain satu lagi di Perak itu dengan jumlah keseluruhan kerugian RM9.71 juta.

“Kes di Perak mencatatkan nilai kerugian tertinggi iaitu RM9,629,682.00 selepas disyaki gagal mendepositkan wang kutipan zakat dan kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

“Siasatan masih dijalankan dan terdapat individu yang akan dipanggil dalam masa terdekat,” katanya. – 5 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

No forced eviction of Pasir Panjang Ulu farmers, process was legal: Perak MB

Datuk Seri Saarani Mohamad said the process was carried out legally, adding that MB Inc held a series of direct negotiations with the farm operators since 2021, in addition to offering ex-gratia at a reasonable rate. 

Related