Militan IS mengaku letupkan bom berkembar berhampiran kubur jeneral panglima Iran

Pengakuan itu dibuat menerusi saluran kumpulan terbabit di Telegram

9:45 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kumpulan militan IS mengaku bertanggungjawab melakukan letupan bom berkembar ketika orang ramai hadir memperingati bekas komander tertinggi Iran, Jeneral Qasem Soleimani di bandar Kreman, kelmarin.

Sekurang-kurangnya 84 maut manakala ratusan lagi cedera dalam insiden itu.

Jumlah kematian disemak semula pagi semalam oleh ketua perkhidmatan kecemasan Iran daripada angka sebelumnya iaitu 95 mangsa.

Iran pada mulanya yakin Israel dan Amerika Syarikat (AS) merupakan dalang di sebalik serangan itu.

Kumpulan militann IS membuat pengakuan itu melalui salurannya di aplikasi Telegram.

Kumpulan itu kemudiannya mengeluarkan imej di akhbar Amaq yang menunjukkan dua lelaki bertopeng, yang dikatakan bertanggungjawab melakukan serangan itu.

Laporan itu menyatakan pengebom berani mati pertama meletupkan tali pinggang di tengah orang ramai, manakala pengebom kedua meletupkan bahan letupannya kira-kira 20 minit kemudian.

IS menamakan anggotanya yang melakukan serangan itu sebagai “Omar al-Muwahhid” dan “Sayfullah al-Mujahid”.

Kumpulan itu pernah melakukan serangan ke atas orang awam dan pasukan keselamatan di Iran dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Mereka juga meraikan kematian Soleimani yang maut dalam serangan udara AS berhampiran lapangan terbang antarabangsa Baghdad pada 2020.

Pembunuhan Soleimani menyebabkan ketegangan memuncak secara mendadak antara AS dan Iran, yang sering berlaku sejak bekas Presidennya, Donald Trump memilih untuk menarik diri daripada pakatan nuklear dengan Tehran pada 2018.

Sebelum ini, timbalan politik Presiden Iran, Mohammad Jamshidi turut menyalahkan Israel dan AS.

Bagaimanapun, AS menafikan dakwaan tersebut dengan menegaskan tiada sebarang petunjuk bahawa Israel dan AS terlibat dalam serangan itu. – Agensi

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related