‘Dari belakang dah cilok kiri, kanan, kalau laju rasanya aku jadi lempeng’

Tindakan pemandu kereta Proton Iriz memandu secara melulu dikecam netizen

3:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan sebuah Proton Iriz berwarna biru memandu secara berbahaya tular di media sosial.

Kejadian dipercayai berlaku pada 28 Disember lalu, tetapi lokasi tidak dinyatakan.

Berdasarkan video dikongsi seorang individu di platform X, pemandu kereta terbabit dilihat memotong kenderaan lain secara melulu sebelum tiba-tiba berhenti di tengah jalan.

“Kasihan driver ‘Lamborghini’ biru ni. Dia lupa orang dah ada dashcam. Tapi dia happy katanya. Satu dunia dah nampak spoiler lawa dia tu.

“Misi tercapai. Syabas. Esok cilok depan kepala treler kat Port Klang tau. Kami nak tengok siapa menang,” kata @HezeriSamsuri.

Rata-rata netizen mengecam tindakan pemandu terbabit yang jelas tidak menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Gila apa main berhenti atas jalan macam tu. Kena sodok dari belakang apa pun tak dapat,” kata @adamsh_.

“Baran dia je dia fikir atas jalan tu. Tak bertenang. Baru kereta Iriz, ni dapat kat dia. Kalau ada kereta boleh speed (pecut) 900 kilometer (km) tak tahu poyo dia macam mana. Jenis poyo yang bodoh buat orang lagi benci,” kata @TA5NlM.

“Kesian rider tu, terhuyung-hayang dia. Kalau ada lori sebelahkan naya,” kata @iqxami.

Sementara itu, netizen turut meminta polis mengesan pemandu terbabit dan dikenakan tindakan sewajarnya.

“@PDRMsia harap ambil tindakan tegas dengan segera terhadap pembuli jalan raya seperti ini,” kata @PuteriMinang.

“Nombor plat ada. @PDRMsia takutnya ada pembuli jalan raya macam ni. Kita tak tahu apa lagi yang dia mampu buat kepada pengguna jalan raya lain @JPJ_Malaysia,” kata @chicanoz.

Sementara itu, seorang wanita turut berkongsi video dashcam dari arah belakang memaparkan aksi berbahaya pemandu terbabit.

“Ni camera belakang. Dia memang dari belakang dah cilok ke kiri ke kanan. Itu nasib tak bertembung dengan lori. Dan nasib juga kereta belakang tak laju.

“Kalau laju rasanya aku jadi lempeng dekat tengah-tengah. Hon bukan nak ajak gaduh, untuk si benak ubi ni alert (waspada),” kata @Officialwaniie. – 5 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Mat Sabu says rice supply can last four to five months

There is sufficient rice supply to cover the country’s domestic needs for the next four to five months, said Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu.

Related