Remaja dibelasah kerana tidak mahu ikut rakan ponteng sekolah

Suspek membelasah mangsa berkali-kali di muka dan dada menggunakan helmet

4:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hanya kerana tidak mahu mengikut rakannya ponteng sekolah, seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga dibelasah berkali-kali di muka dan dada dengan helmet di tepi Jalan Prima Pelangi dekat Bukit Prima Pelangi, Segambut Dalam, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya telah menerima laporan polis oleh bapa mangsa berkenaan insiden anaknya dipukul oleh rakan sekolahnya itu pada jam 5.33 petang.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati, kejadian berpunca daripada mangsa tidak mahu mengikut suspek ponteng sekolah.

“Ekoran itu suspek tidak berpuas hati dan memaksa mangsa menaiki motosikal dan dibawa ke Jalan Prima Pelangi 7, Bukit Prima Pelangi, Segambut Dalam berhampiran Kondominium Villa Orkid sebelum dipukul berkali-kali di bahagian muka, dada dengan menggunakan helmet.

“Semasa kejadian berlaku, terdapat rakaman video yang dibuat oleh rakan-rakan suspek dan video tersebut tersebar dalam kalangan pelajar Tingkatan Tiga serta tular di media sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, susulan itu pada jam 1.22 pagi tadi, pihaknya menahan suspek, seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun.

Turut dirampas bersama suspek adalah satu unit helmet jenama MS88 warna merah yang disyaki digunakan semasa kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.

Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebatan.

Pihak polis menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan bersama-sama menjaga kesejahteraan serta keharmonian di Kuala Lumpur.

Justeru jelas Ahmad Sukarno, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan sebarang perlakuan jenayah diminta untuk menyalurkannya dengan cara menghubungi menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482222. – 6 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Reformasi! PM, unity govt partners visit Selangor on nomination day

The three state seats under the Gombak parliamentary constituency are shaping up to be the hottest in Selangor as some of the biggest names turned up this morning for nomination day.

MAHB posts over 11 mil in total passenger movements for Feb 2024

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) showed an unusually strong growth momentum with a record of 11 million passenger movements in February 2024 despite the shorter month.

Related