Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1704550977:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 305
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:73:"Sebelum ini PBAPP umum 590,000 pengguna akan alami gangguan air berjadual";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => gangguan air
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) ditegur supaya menyediakan lebih banyak lori tangki air bagi
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 58
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752054299";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:9;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752235798";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:12;i:2;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751792582";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:9;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752235798
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 153735
        )

)
‘Jangan bagi rakyat tunggu air, biar air tunggu rakyat’: Guan Eng tegur PBAPP | Scoop

‘Jangan bagi rakyat tunggu air, biar air tunggu rakyat’: Guan Eng tegur PBAPP

Sebelum ini PBAPP umum 590,000 pengguna akan alami gangguan air berjadual

9:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) ditegur supaya menyediakan lebih banyak lori tangki air bagi menghadapi gangguan bekalan air selama empat hari bermula 10 Januari ini.

Teguran itu dibuat Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng ketika taklimat diberikan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), K Pathmanathan bersama Ketua Menteri, Exco negeri dan wakil rakyat pada Rabu lalu, berkait gangguan bekalan air berkenaan.

Video pendek kurang dua minit yang menunjukkan bekas Menteri Kewangan merangkap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dimuat naik seorang pengguna di aplikasi X hari ini.

“Adalah tanggungjawab kerajaan negeri untuk beri air. Jangan lupa, kita kerajaan, tugas asas ialah bagi air kepada rakyat.

“Kalau boleh kita pastikan, jangan bagi rakyat tunggu air, biar air tunggu rakyat. Saya harap buat tempoh masa ini boleh sewa lebih banyak lori tangki air, itu sangat penting, jumlah (lori tangki) yang anda maklum tidak mencukupi.

“Kalau boleh bagi lebih kepada kawasan yang kritikal, contohnya Bayan Lepas beri lebih sikit tidak apa, dapatkan juga lebih banyak tong air, boleh dapatkan dari negeri lain juga.

“Saya rasa anda patut membelanjakan wang, jangan simpan, ini babitkan kehidupan rakyat, jadi tolonglah,” katanya yang turut disambut sorakan wakil rakyat lain.

Sebelum ini, PBAPP mengumumkan kira-kira 590,000 pengguna termasuk bukan domestik akan mengalami gangguan air berjadual selama 96 jam bermula 6 pagi, 10 Januari, hingga 6 pagi, 14 Januari, bagi memberi laluan kerja-kerja penggantian dua unit injap di Loji Rawatan Air Sungai Dua serta kerja sampingan lain di 22 lokasi seluruh Pulau Pinang.

Dalam kenyataan hari ini, PBAPP memaklumkan bakal menggunakan 99 buah lori tangki air untuk menghantar bekalan kepada pengguna yang terjejas berikutan gangguan bekalan air berjadual bermula 10 Januari depan.

Pathmanathan berkata, jumlah lori tangki itu termasuk 27 bersaiz jumbo antara paling besar digunakan dalam sejarah bekalan air di negeri ini.

Menurutnya, lori tangki bersaiz jumbo itu disewa khas oleh PBAPP dan mampu menyimpan 40,000 liter air terawat.

“Dalam memastikan bekalan air dapat disalurkan kepada pengguna yang terjejas, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) turut menyediakan 15 buah lori tangki berkapasiti 5,000 liter dan 10,000 liter dalam misi kali ini,” katanya.

Pathmanathan berkata, selain penggunaan lori tangki, pihaknya juga sedang memasang 97 tangki air statik bagi menyimpan air untuk diambil oleh pengguna terjejas.

Jelasnya, tangki air berkenaan termasuk jenis ‘tangki fleksi gajah’ yang disewa dan mempunyai kapasiti 24,000 liter.

“Sebanyak 19 unit tangki fleksi gajah ini akan ditempatkan di Balik Pulau, Batu Maung,Batu Uban,Bukit Tengah, Bayan Lepas, Jawi, Pantai Jerejak, Paya Terubong, Pulau Betong dan Sungai Acheh.

“Bagi tangki statik biasa berkapasiti 2,500 liter akan ditempatkan di semua kawasan terjejas,” katanya. – 6 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

‘Hot Daddy,’ two female companions charged with selling porn videos

A man and his two female companions were charged in the magistrates’ court here today with selling pornographic video recordings.

Petronas sebagai jantung strategi geoekonomi Malaysia berdepan ancaman perang Trump – Wan Fayhsal

Jangan jadikan Petronas sekadar alat tunggangan untuk nafsu serakah politik yang sempit kelak kita sekadar sesal pendapatan, sesal kemudian tiada berguna

Govt fails to satisfactorily convince the people of Zahid’s DNAA – Mohamed Hanipa Maidin

WE all know that the Kuala Lumpur High Court had granted Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi a discharge not amounting to acquittal (DNAA) of 12 charges for criminal breach of trust under Section 409 of the Penal Code; eight charges under Section 16(a)(B) of the MACC Act 2009; and 27 charges under Section 4(1)(a) of the Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001.

Related