Sindiket giat promosi ‘outcall girl’ di Telegram, WhatsApp tumpas

Jabatan Imigresen menjalankan Operasi Khas pada 5 Januari lalu di tiga lokasi di sekitar ibu negara, sekali gus menahan 52 individu

10:38 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan sindiket pelacuran yang giat mempromosikan wanita warganegara asing sebagai gadis peneman atau ‘outcall girl’ menerusi aplikasi Telegram dan WhatsApp sejak setahun lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Jafri Embok Taha berkata, terdahulu, pihaknya menjalankan Operasi Khas pada 5 Januari lalu di tiga lokasi di sekitar ibu negara, sekali gus menahan 52 individu, termasuk sekumpulan wanita daripada pelbagai negara yang terbabit sindiket itu.

Katanya, operasi bermula jam 8.00 malam itu dijalankan berdasarkan aduan dan risikan dijalankan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya selama dua minggu.

“Berdasarkan maklumat diperolehi, pasukan operasi diatur gerak ke premis dan menahan 32 perempuan warganegara Indonesia, 13 perempuan warganegara Thailand, tiga perempuan warganegara Vietnam dan seorang lelaki warganegara Afghanistan berusia 18 hingga 36 tahun.

“Seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 34 tahun yang dipercayai sebagai transporter dan dua lelaki tempatan sebagai penjaga premis berusia 35 hingga 44 tahun, turut ditahan.

“Jumlah keseluruhan yang ditahan adalah seramai 52 orang,” katanya menerusi kenyataan.

Semasa operasi, antara yang ditahan adalah 32 perempuan warganegara Indonesia, 13 perempuan warganegara Thailand, tiga perempuan warganegara Vietnam dan seorang lelaki warganegara Afghanistan berusia 18 hingga 36 tahun – Tangkapan layar video Jabatan Imigresen, 7 Januari, 2024

Beliau berkata, hasil semakan awal mendapati lapan perempuan warganegara Thailand yang ditahan memiliki Pas Lawatan Sosial (PLS) masih sah laku, manakala warganegara asing lain tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas untuk berada di negara ini.

“Pasukan operasi merampas sejumlah kondom, peralatan seks, lapan naskhah pasport Thailand, wang tunai RM300, tuala, peralatan kamera litar tertutup (CCTV) dan sebuah kenderaan Perodua Axia,” katanya.

Jafri Embok berkata, modus operandi sindiket itu adalah melakukan promosi wanita warganegara asing dengan menggunakan foto mereka melalui aplikasi Telegram dan WhatsApp.

Wanita warganegara asing yang dipilih, katanya, akan diuruskan penghantarannya ke hotel atau tempat dikehendaki pelanggan melalui seorang lelaki warganegara Malaysia yang berperanan sebagai transporter.

Menurutnya, bayaran yang dikenakan ke atas pelanggan adalah antara RM400 hingga RM1,200 mengikut pakej disediakan sindiket.

“Transaksi bayaran yang dilakukan pelanggan adalah melalui tunai atau secara dalam talian sebelum outcall girl diserahkan kepada pelanggan,” katanya.

Mengulas lanjut, Jafri Embok berkata, semua warganegara asing terbabit ditahan di Depot Imigresen Semenyih, Selangor kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 serta Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Ujarnya, manakala seorang lelaki warganegara Malaysia ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 dan dua lelaki warganegara tempatan ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63.

Seramai lima lelaki warganegara Malaysia pula, diberikan notis untuk hadir ke pejabat JIM bagi membantu siasatan.

“Jabatan akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM),” katanya. – 7 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Mat Sabu says rice supply can last four to five months

There is sufficient rice supply to cover the country’s domestic needs for the next four to five months, said Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu.

Related