‘Saya maafkan, jangan biarkan bapa memandu lagi’

Isteri kepada pesakit yang meninggal dalam ambulans itu turut berkata, tindakan pemandu Perodua Kembara terbabit mengundang bahaya kepada orang lain

4:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Isteri kepada pesakit yang meninggal dunia dalam ambulans yang dihalang sebuah kereta Perodua Kembara ketika dalam perjalanan ke Hospital Sri Aman menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu terbabit.

Bagaimanapun, Annie Andrew menasihati keluarga pemandu terbabit supaya tidak lagi membiarkan lelaki itu memandu lagi selepas insiden tersebut.

Malah katanya, jika lelaki itu perlu memandu, ahli keluarga perlu memastikannya memakai alat pendengaran sebelum memandu.

“Keadaan itu amat berbahaya bukan hanya kerana perkara ini (kematian suaminya) tapi banyak lagi perkara lain boleh terjadi.

“Janganlah perkara yang sama akan berulang kedua kali dan berlaku pada orang lain,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sebelum ini tular sebuah video berdurasi 53 saat di media sosial tindakan seorang pemandu Perodua Kembara yang menghalang laluan sebuah ambulans di Sri Aman.

Mangsa, Morgan Alban, 41, dari Nyakai, Jalan Paip dekat Sri Aman dipercayai meninggal dunia di dalam ambulans berkenaan setelah mengalami serangan angin ahmar di rumahnya pada awal pagi Jumaat lalu.

Halangan kenderaan itu menyebabkan ambulans tidak dapat sampai segera ke Hospital Sri Aman II.

Namun anak kepada pemandu terbabit menjelaskan bapanya bukan sengaja berbuat demikian tetapi mengalami masalah pendengaran yang kronik.

“Saya anak kepada pemandu yang viral semalam mewakili keluarga kami memohon kemaafan kepada anda sekeluarga. Salam takziah juga atas kehilangan orang tercinta.

“Untuk makluman, bapa saya bukanlah sengaja menghalang laluan ambulans tetapidia ada masalah pendengaran kronik (disahkan doktor pakar pada 2017,” katanya.

Dalam pada itu, Annie turut kecewa dengan komen seorang netizen yang mendakwa halangan kereta terbabit hanya berlaku 56 saat.

“Setiap saat amat berharga buat saya… walaupun sesaat kerana keluarga kecil saya ini mempunyai dua anak kecil berumur dua dan setahun.

“Setiap saat masa itu amat berharga buat saya dengan harapan anak-anak saya akan terus boleh merasa kasih sayang bapa mereka. Berhati-hati dalam bertutur kata,” katanya.

Insiden itu terus menjadi bualan hangat netizen yang mempersoalkan mengapa pemandu terbabit dibiarkan memandu jika ada masalah pendengaran sehingga menimbulkan masalah kepada orang lain.

“Penjelasan tak masuk akal. Kalau pendengaran tak elok sekalipun, boleh perasaan rear view mirror (cermin sisi). Tak mungkin tak nampak lampu ambulans kalau mata kabur sekalipun,” kata @waremon84.

“Dah tu lampu blink-blink (berkelip) takkan tak nampak dari cermin sisi kereta?” soal @apeinhd.

“Pendengaran je masalahnya. Mungkin mata pun buta sama kot. Hairan betullah manusia sekarang ni. Pekak je telinga. Mata tak de tengok kirai kanan dah ke,” soal @VAT22222. – 7 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related