Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1704705618:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 263
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 154251
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-115833
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-115833
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:141:"Mana-mana pihak di sebalik plot itu melanggar Seksyen 124B dan 124C Kanun Keseksaan mengenai aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Langkah Dubai
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Mana-mana pihak di sebalik plot itu melanggar Seksyen 124B dan 124C Kanun Keseksaan mengenai aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 58
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748103874";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:16;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748103874
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Siasat dan hentikan Langkah Dubai: Shamsul Iskandar | Scoop

Siasat dan hentikan Langkah Dubai: Shamsul Iskandar

Mana-mana pihak di sebalik plot itu melanggar Seksyen 124B dan 124C Kanun Keseksaan mengenai aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen

5:20 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin hari ini membuat laporan polis bagi menggesa siasatan dijalankan terhadap dakwaan rancangan politik menjatuhkan Kerajaan Madani.

Laporan itu dibuat pada jam 2.30 petang tadi di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dekat sini.

Beliau menggesa polis mengambil tindakan terhadap pihak di sebalik Langkah Dubai dan menghentikan spekulasi mengenai menggulingkan kerajaan.

Ketika disoal media di luar IPD Putrajaya sama ada laporan itu dibuat sebagai tanda pentadbiran kerajaan berasa terancam, Shamsul berkata, kerajaan tidak boleh membiarkan ‘khabar angin’ itu berterusan.

“Saya serahkan kepada mereka yang berpegang kepada perspektif itu (kerajaan berasa terancam). Walau bagaimanapun di pihak kerajaan, sudah tentu kami mahu menamatkan perkara ini (bercakap tentang langkah politik) kerana kami tidak mahu dilihat tidak berbuat apa-apa.

“Ada sesetengah pihak mengatakan kerajaan panik dan tidak mengambil tindakan. Saya ingin mengingatkan pihak yang tidak bertanggungjawab itu bahawa Malaysia mempunyai undang-undang dan peraturan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

“Kami telah melalui pelbagai episod (kerajaan yang digulingkan) dan Akta Anti-Lompat Parti bertujuan untuk menamatkannya,” tambah Shamsul.

Menamakan penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamarudin sebagai individu pertama mendedahkan mengenai Langkah Dubai, Shamsul berkata, mana-mana pihak di sebalik plot itu melanggar Seksyen 124B dan 124C Kanun Keseksaan mengenai aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

“Saya yakin langkah ini dimulakan oleh beberapa ahli Parlimen termasuk pemimpin pembangkang yang tidak bertanggungjawab. Perbuatan mereka adalah ancaman kepada demokrasi berparlimen dan boleh mencetuskan kekacauan awam.

“Sebarang percubaan untuk mewujudkan ketidakstabilan politik yang boleh menjejaskan keselamatan negara mesti dihentikan,” kata Shamsul.

Walaupun Shamsul tidak menamakan mana-mana ahli politik dalam laporannya, beliau berkata, polis harus menganggap perkara itu penting kerana 12 lagi laporan mengenai isu itu telah dibuat di seluruh negara oleh wakil PKR.

“Apabila kami mula-mula mendengar berita itu (mengenai Langkah Dubai) tahun lepas, kami mempersoalkan sama ada ia sah atau tidak. Tetapi, apabila ia mendapat tarikan di media sosial dan mempengaruhi persepsi rakyat, saya fikir ia mesti dihentikan.

“Diharap dengan berpuluh-puluh laporan polis yang dibuat, pihak berkuasa akan meneliti perkara itu,” katanya.

Turut sama mengiringi Shamsul beberapa penyokong kerajaan termasuk Datuk Suraya Yaacob yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti), Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop.

Sebelum ini, Ismail mendakwa wujud komplot Langkah Dubai didalangi pemimpin parti pembangkang, termasuk beberapa ahli parti politik kerajaan, dengan matlamat menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Menurutnya, Langkah Dubai timbul sewaktu percutian pemimpin Perikatan Nasional (PN) termasuk wakil daripada pihak kerajaan di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu, baru-baru ini.

Pertemuan itu didakwa berlangsung untuk berunding, selain menetapkan tugas tertentu kepada ‘pegawai’ yang dipertanggungjawab mengenal pasti Ahli Parlimen yang berpotensi mengalihkan sokongan kepada pembangkang dengan sogokan, semata-mata mahu menubuhkan kerajaan ‘tebuk atap’.

Selain pemimpin PN, beliau mendakwa ada pembabitan tokoh politik veteran berpengaruh berpangkat Tun yang bersekongkol dengan pembangkang, termasuk dikatakan menggunakan ‘sumber asing’ untuk menggulingkan pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim. – 8 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her tahun of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Lapor MCMC jika gambar, video anak dijadikan kandungan tanpa kebenaran

Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak diminta membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sekiranya rakaman gambar dan video anak-anak mereka dijadikan kandungan media sosial oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran.

Joji cancels tomorrow’s Merdeka Hall show due to health reasons

Japanese-Australian singer-songwriter Joji has cancelled three upcoming shows, including the one scheduled for Kuala Lumpur tomorrow, due to health reasons.

Related