Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1704721802:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 314
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 154348
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:98:"Pelaksanaan GST pada 2015 tidak adil beban diserahkan kepada keluarga-keluarga biasa, orang miskin";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => GST
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Kerajaan terbuka kepada cadangan mengembalikan semula pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang pernah dikuatkuasakan pada
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 56
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750693610";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:15;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751044810";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:17;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1751044810
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
GST akan dikembalikan? Kerajaan terbuka tetapi adakah itu satu-satunya jalan kukuhkan kedudukan fiskal negara? | Scoop

GST akan dikembalikan? Kerajaan terbuka tetapi adakah itu satu-satunya jalan kukuhkan kedudukan fiskal negara?

Pelaksanaan GST pada 2015 tidak adil beban diserahkan kepada keluarga-keluarga biasa, orang miskin

9:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan terbuka kepada cadangan mengembalikan semula pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang pernah dikuatkuasakan pada 2015 semasa pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN) namun ia perlu mengambil kira pelbagai faktor termasuk isu tatakelola dan keadilan kepada rakyat.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, ia juga bergantung kepada kedudukan pendapatan isi rumah khususnya golongan miskin supaya mereka tidak dibebankan dengan sistem percukaian tersebut.

Katanya, ketika GST dikuatkuasakan pada 2015, negara ketika itu berdepan dengan masalah tatakelola dan ia menjadi tidak adil kerana beban ‘diserahkan’ kepada keluarga-keluarga yang biasa (pendapatan rendah).

“Kita kena tengok secara akademik, banyak ahli ekonomi kata GST itu berkesan mengikut kedudukan dan juga tahap pembangunan sesebuah negara. Apakah bentuk-bentuk negara yang sesuai untuk GST? Bagi negara-negara yang ekonominya belum matang dan sebahagian besar rakyatnya tidak boleh bayar cukai, tetapi kerajaan kena kutip cukai, jadi laksanakan GST. Bila laksanakan GST, orang tanggung beban cukai yang sama.

“(Berbeza) dengan negara maju, majoriti (pekerja) dalam sektor formal, lebih teratur dan cekap tanpa membebankan. Mereka gunakan GST kerana birokrasi kutip cukai sangat efektif,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam episod pertama podcast Yang Bakar Menteri (YBM) bersama Nazri Hamdan malam ini.

Nazri merupakan individu yang banyak mengkritik pelaksanaan sistem ekonomi negara khususnya melibatkan Rafizi di laman X.

Rafizi menambah, masalah bagi Malaysia adalah ketika 2015, negara ini berada di pertengahan sektor ekonomi.

“Seramai 40 peratus masih berada dalam sektor informal dan tak bayar cukai (belum layak). Adakah dengan laksanakan GST ini kita berlaku adil, beban cukai itu kekal sama sebelum dan selepas GST kepada setiap keluarga?

“Dalam kita berdepan masalah 1MDB (ketika itu), tahun ini juga kita ada bayar hutang 1MDB, oleh kerana tahap gaji, pendapatan isu rumah, laksanakan GST, kita memindahkan beban cukai itu kepada keluarga yang (tidak layak) bayar cukai,” katanya.

Katanya, untuk melaksanakan GST ketika ini, kerajaan perlu teliti sama ada adakah ia satu-satunya jalan untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara.

“Bila saya kata kita (kerajaan) terbuka (melaksanakan semula GST), kita akan dipandu oleh prinsip-prinsip tertentu, adakah kita akan memindahkan beban (cukai) itu kepada orang miskin? Kita akan cuba sedaya upaya elak beban cukai dikenakan setiap rakyat. Kalau kenakan kepada orang kaya, syarikat-syarikat untung tinggi dulu, kita akan lakukan itu.

“Setakat ini, kenapa sampai sekarang GST tak dilaksanakan? Kerana ada banyak kaedah-kaedah boleh diterokai untuk perkukuhkan kedudukan fiskal negara, tanpa membebankan rakyat. Kita bukan anti-GST tetapi ikut panduan-panduan supaya bersesuaian dengan ekonomi negara tanpa berlaku ketidakadilan kepada rakyat,” katanya. – 8 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related