Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1704760066:20
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 154388
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 20
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:143:"Ketua Polis KL berkata siasatan sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk tindakan lanjut";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Polis Kontinjen Kuala Lumpur menerima lapan laporan daripada wakil parti politik berhubung gerakan “Langkah Dubai” yang dikatakan bertujuan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 304
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749570515";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:15;i:1;i:20;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749570515
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Langkah Dubai: Polis Kontinjen Kuala Lumpur terima lapan laporan | Scoop

Langkah Dubai: Polis Kontinjen Kuala Lumpur terima lapan laporan

Ketua Polis KL berkata siasatan sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk tindakan lanjut

8:27 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Kontinjen Kuala Lumpur menerima lapan laporan daripada wakil parti politik berhubung gerakan “Langkah Dubai” yang dikatakan bertujuan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan terbabit antaranya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, Cheras dan Dang Wangi semalam.

“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Mahathir Mohd Yunus, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin membuat laporan berhubung perkara itu di IPD Cheras semalam.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mahathir berkata gerakan itu jelas bertujuan untuk mengganggu-gugat sistem demokrasi berparlimen walaupun setelah adanya Akta Anti Lompat Parti.

Ketua Biro Guaman Angkatan Muda Keadilan Asheeq Ali Sethi Alivi yang membuat laporan di IPD Dang Wangi pula menggesa polis untuk membuat siasatan terhadap individu yang disyaki terbabit dengan gerakan itu termasuk penulis blog kontroversi Raja Petra Kamarudin.

“Negara memerlukan kestabilan politik untuk membina kemakmuran ekonomi bersama, tindakan tegas harus diambil kepada mereka yang menggugat kestabilan kerajaan sedia ada hari ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar Yusharifuddin Mohd Yusop mengesahkan pihaknya turut menerima dua laporan polis berhubung gerakan “Langkah Dubai” dan siasatan sedang dijalankan.

Pada 30 Disember lepas, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Datuk Ismail Yusop dilaporkan mendakwa “Langkah Dubai” timbul sewaktu percutian beberapa pemimpin pembangkang dan tokoh-tokoh daripada pihak kerajaan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. – 9 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related