Semua pihak perlu faham kekuatan kewangan negara, tegas PM

Semua pegawai di setiap Kementerian, negeri, daerah perlu faham apa keupayaan kewangan kerajaan dan apa kekangan mereka

9:52 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perlu ada penyeragaman dan pemahaman antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan negeri mengenai keupayaan serta kekuatan kewangan negara.

Perdana Menteri tidak mahu berlaku keadaan di mana komunikasi terputus antara pihak terbabit mengenai apa yang diperkatakan oleh Kerajaan Pusat iaitu dari segi ekonomi mikro, pemusatan program serta pemahaman.

“Dalam jentera kerajaan, kena ada kefahaman, saya mahu semua pegawai di tiap-tiap Kementerian, negeri, daerah faham apa keupayaan kerajaan dan apa kekangannya.

“Semua harus faham apa kekuatan kewangan kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di Kementerian Kewangan, di Putrajaya, hari ini.

Anwar juga mahu syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) mengambil tanggungjawab korporat lebih besar dalam pembangunan negara.

Tambahnya, Kementerian Kewangan dan Pantau Madani akan menyelaraskan usaha supaya GLIC serta GLC akan melaksanakan pelaburan strategik selari dengan NIMP dan NET.

Sementara itu, menyentuh mengenai subsidi, Anwar menjelaskan beliau bukannya anti golongan maha kaya seperti tuduhan segelintir pihak.

“Saya bukan anti orang kaya. Orang kaya, dalam Islam kita tak boleh cemburu tapi jangan bagi sedekah pada golongan kaya.

“Ada yang berpendapatan ratusan ribu ringgit sebulan, (tapi) dapat subsidi. Kita hanya tarik subsidi pada golongan maha kaya dan kira-kira 3.5 juta warga asing di negara ini,’’ katanya.

Jelasnya, apabila subsidi dikurangkan juga, ia dapat memulangkan semua penjimatan berkenaan kepada rakyat bukan hanya kepada golongan B40, malah kebanyakan mereka dalam M40 juga dapat menikmatinya.

“Kita cuba tingkatkan jumlah bantuan suntikan tunai Rahmah termasuk e-Madani secara langsung kepada rakyat dan ini dapat mengurangkan beban mereka,’’ katanya. – 9 Januari 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related