Prihatin isu dropped calls, Fahmi naik bas ke Putrajaya uji Kualiti Perkhidmatan Selular

Sepanjang tempoh perjalanan itu, Fahmi Fadzil melihat dan meneliti sendiri kualiti panggilan telefon bimbit sama ada memuaskan atau sebaliknya

4:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Prihatin dengan isu dropped calls atau panggilan telefon bimbit tiba-tiba terputus yang dialami ramai pengguna, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melaksanakan Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular (Panggilan Suara) hari ini.

Ujian itu dibuat dengan tujuan menguji capaian rangkaian yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia, dalam menangani isu berkenaan yang menjadi rungutan beberapa pihak sebelum ini.

Turut hadir dalam pelaksanaan ujian itu ialah Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Timbalannya, Teo Nie Ching, yang dibawa menaiki bas dari Parlimen menuju Kementerian Komunikasi di Putrajaya.

Sepanjang tempoh perjalanan itu, Fahmi melihat dan meneliti sendiri kualiti panggilan telefon bimbit sama ada memuaskan atau sebaliknya.

Turut menyertai Fahmi dalam perjalanan hampir sejam itu ialah Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Rombongan ujian itu turut disertai pengurusan kanan syarikat penyedia perkhidmatan mudah alih iaitu CelcomDigi, Maxis, Yes (YTL Communication), Unifi Mobile (TM Tech) dan U-Mobile.

Dapatan hasil daripada ujian tersebut akan dianalisis dan dikongsi oleh Fahmi pada sidang media di Kementerian Komunikasi petang ini. – 9 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related