Komander kanan Hizbullah, Wissam Tawil maut dalam serangan udara di Lubnan

Pertempuran tersebut menimbulkan kebimbangan konflik serantau yang lebih meluas

7:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kumpulan Hizbullah di Lubnan mengesahkan seorang komander kanannya terbunuh dalam serangan udara di selatan negara itu yang dipercayai didalangi Israel.

Wissam Tawil yang dilaporkan ahli kumpulan elit Radwan Force dan salah seorang tokoh Hizbullah paling terkenal, maut dalam serangan itu.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) tidak memberikan sebarang komen, tetapi mendakwa serangan mereka mengenai sasaran anggota kumpulan itu sebagai tindak balas kepada serangan rentas sempadan.

Pertempuran tersebut menimbulkan kebimbangan konflik serantau yang lebih meluas.

Hizbullah adalah kumpulan disokong Iran yang mempunyai kuasa ketenteraan dan politik yang besar di Lubnan.

Pejuang kumpulan itu berbalas tembakan dengan tentera Israel hampir setiap hari di sepanjang sempadan sejak bermulanya perang antara Israel dan Hamas di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober tahun lalu.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan tentera ditempatkan di sempadan Lubnan kelmarin dan dia bertekad “melakukan segala yang diperlukan untuk memulihkan keselamatan di wilayah utara”.

Agensi Berita Nasional Lubnan melaporkan bahawa dua individu yang tidak dinamakannya, terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah kereta di kawasan al-Dabsha Khirbet Selim, pagi kelmarin.

Serangan udara itu menyebabkan kenderaan terbabit terbabas dan terbakar.

Gambar dari tempat kejadian menunjukkan bangkai kereta yang terbakar di tepi jalan.

Sumber keselamatan Lubnan berkata, salah seorang yang terbunuh dalam serangan itu ialah Wissam Tawil dan seorang lagi pejuang Hizbullah. – 9 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related