Abang blazer merah didenda RM2,000 kerana cederakan penghantar barang

Muhammad Nazrul, yang bekerja sebagai kerani, didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan

10:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhi hukuman denda RM2,000 ke atas seorang lelaki digelar ‘abang blazer merah’ yang tular di media sosial kerana mencederakan seorang penghantar barang pada 2 November tahun lepas.

Majistret Illi Marisqa Khalizan menjatuhi hukuman itu ke atas Muhammad Nazrul Hairie Harmi, 28, selaku orang kena saman (OKS) selepas dia mengaku menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Samier Ibruhem, 24, menggunakan kaki dan tangan pada 3.59 petang di Lobi Menara IQ, Lingkaran TRX, Tun Razak Exchange di sini.

Muhammad Nazrul, yang bekerja sebagai kerani, didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya. 

Mahkamah turut memerintahkan OKS dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Timbalan Pendakwa Raya Zuhairi Osman memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada OKS manakala peguam Rhastdan Abdul Wahab memohon denda minimum atas alasan anak guamnya tidak mempunyai rekod kesalahan lampau selain penanggung utama keluarga. – 9 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related