Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1704946770:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_oembed_9638d7a18ea4c0327582b9c27bd0bc75] => Array
        (
            [0] => 
Isu rasuah RM6 juta: SPRM akan panggil MB sebuah negeri di utara tanah air
) [_oembed_time_9638d7a18ea4c0327582b9c27bd0bc75] => Array ( [0] => 1704946058 ) [_oembed_81cae635de87788df9610535afbe4e75] => Array ( [0] =>
Meminta, terima rasuah lebih RM6 juta: Empat individu termasuk seorang CEO dan dua wakil perunding persatuan bola sepak direman
) [_oembed_time_81cae635de87788df9610535afbe4e75] => Array ( [0] => 1704946058 ) [_thumbnail_id] => Array ( [0] => 155313 ) [_edit_last] => Array ( [0] => 22 ) [_post_language] => Array ( [0] => Bahasa Malaysia ) [_molongui_author] => Array ( [0] => guest-99954 ) [_molongui_main_author] => Array ( [0] => guest-99954 ) [td_post_theme_settings] => Array ( [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:96:"SPRM kini di peringkat akhir lengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan rasuah dikaitkan KFA ";} ) [_yoast_wpseo_primary_category] => Array ( [0] => 612 ) [_yoast_wpseo_focuskw] => Array ( [0] => Sanusi ) [_yoast_wpseo_metadesc] => Array ( [0] => Selepas hampir tiga jam, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya ) [_yoast_wpseo_linkdex] => Array ( [0] => 69 ) [_yoast_wpseo_content_score] => Array ( [0] => 30 ) [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array ( [0] => 2 ) [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array ( [0] => ) [post_views_count] => Array ( [0] => 275 ) [post_views_count_7_day_arr] => Array ( [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753245309";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:15;i:1;i:4;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752961427";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:21;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}} ) [post_view_7days_last_day] => Array ( [0] => 2 ) [post_views_count_7_day_last_date] => Array ( [0] => 1753245309 ) [post_views_count_7_day_total] => Array ( [0] => 2 ) [post_views_last_24_hours] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_last_48_hours] => Array ( [0] => 1 ) )
Isu rasuah RM6 juta: Sanusi selesai beri keterangan | Scoop

Isu rasuah RM6 juta: Sanusi selesai beri keterangan

SPRM kini di peringkat akhir lengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan rasuah dikaitkan KFA

12:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas hampir tiga jam, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini.

Beliau dilihat keluar dari ibu pejabat SPRM pada jam 11.37 pagi selepas hadir bagi memberi keterangan berhubung isu rasuah lebih RM6 juta melibatkan sebuah persatuan bola sepak.

Pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) itu yang menaiki kereta jenis Mercedes kelabu bagaimanapun tidak memberhentikan kenderaan walaupun disapa lebih 20 pengamal media yang menunggu di luar bangunan.

Terdahulu beliau tiba di ibu pejabat SPRM pada jam 8.30 pagi tadi.

Dalam pada itu, SPRM kini di peringkat akhir bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan rasuah lebih RM6 juta yang dikaitkan dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata, butiran terperinci berkaitan siasatan tidak dapat didedahkan kepada umum kerana ia mengandungi maklumat sensitif dan rahsia.

“Bagi melengkapkan kertas siasatan ini juga, SPRM telah memanggil Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk hadir ke Ibu Pejabat SPRM pagi ini,” katanya.

Untuk makluman, kes rasuah membabitkan KFA dijalankan SPRM selepas menerima laporan daripada kontraktor yang sebelum ini dijanjikan projek-projek di negeri berkenaan jika menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak berkenaan.

Kelmarin SPRM mengesahkan akan memanggil Menteri Besar sebuah negeri di utara tanah air bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu rasuah lebih RM6 juta melibatkan sebuah pasukan bola sepak.

Sumber SPRM sebelum ini memaklumkan siasatan itu dijalankan selepas agensi tersebut menerima laporan daripada kontraktor yang sebelum ini dijanjikan mendapat projek-projek di negeri berkenaan jika menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak tersebut.

Jumaat lalu, SPRM memaklumkan mengenai penahanan reman empat individu termasuk seorang CEO dan dua wakil perunding sebuah persatuan bola sepak di sebuah negeri di utara tanah air kerana disyaki meminta serta menerima wang rasuah lebih RM6 juta.

Menurut sumber, berdasarkan siasatan yang dijalankan, wang lebih RM6 juta berkenaan telah dimasukkan ke dalam akaun sebuah persatuan bola sepak.

Malah wang rasuah berkenaan dipercayai sebagai balasan kerana membantu seorang pemilik sebuah syarikat untuk mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air di sebuah negeri.

Bagaimanapun CEO Persatuan Bola Sepak Kedah Darul Aman (KFA), Zulkifli Che Haron telah dibebaskan dengan jaminan SPRM, Ahad lalu.

Sementara Sanusi mendakwa dirinya menjadi sasaran sebenar pihak tertentu dalam dakwaan kes rasuah membabitkan KFA.

Beliau yang juga Presiden KFA mendakwa, penahanan empat individu termasuk CEO KFA, hanyalah sebagai aksesori saja untuk mengada-adakan kes terhadap mereka, selain membina naratif buruk kerajaan Kedah diterajuinya. – 11 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Suhakam’s grudge against death penalty should not be with the judiciary – Hafiz Hassan  

Human Rights Commission should direct their grievances to the legislature instead as the court ruled according to the law

Shuhaily new Bukit Aman CID director

Kuala Lumpur police chief Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain has been appointed as the Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) director effective August 30

The state of the nation: headwinds for Malaysia Airlines – Zainul Arifin

National carrier continues to be an embarrassment through bad calls and poor management  

Related