Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1704959285:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_oembed_b9299592bc73006b98e56afb7bfb21d9] => Array
        (
            [0] => 
MCA agak ‘sesat’: Peranan MCA tetap sebagai ‘semak dan imbang’
) [_oembed_time_b9299592bc73006b98e56afb7bfb21d9] => Array ( [0] => 1704958486 ) [post_views_count] => Array ( [0] => 328 ) [_thumbnail_id] => Array ( [0] => 155403 ) [_edit_last] => Array ( [0] => 22 ) [_post_language] => Array ( [0] => Bahasa Malaysia ) [_molongui_author] => Array ( [0] => guest-140984 ) [_molongui_main_author] => Array ( [0] => guest-140984 ) [td_post_theme_settings] => Array ( [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:97:"MCA persoal tindakan berterusan DAP menyerang parti itu yang menjadi sebahagian daripada kerajaan";} ) [_yoast_wpseo_primary_category] => Array ( [0] => 612 ) [_yoast_wpseo_focuskw] => Array ( [0] => Teresa ) [_yoast_wpseo_metadesc] => Array ( [0] => Tindakan DAP membuat ‘serangan politik’ termasuk meminta MCA meninggalkan Barisan Nasional (BN) dan menyertai Perikatan Nasional (PN) ) [_yoast_wpseo_linkdex] => Array ( [0] => 55 ) [_yoast_wpseo_content_score] => Array ( [0] => 30 ) [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array ( [0] => 2 ) [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array ( [0] => ) [post_views_count_7_day_arr] => Array ( [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752174813";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:21;i:1;i:19;i:2;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}} ) [post_view_7days_last_day] => Array ( [0] => 3 ) [post_views_count_7_day_last_date] => Array ( [0] => 1752174813 ) [post_views_count_7_day_total] => Array ( [0] => 2 ) [post_views_last_24_hours] => Array ( [0] => 2 ) [post_views_last_48_hours] => Array ( [0] => 2 ) )
Mahu MCA tinggalkan BN: Apakah DAP mahu jatuhkan Kerajaan Perpaduan? | Scoop

Mahu MCA tinggalkan BN: Apakah DAP mahu jatuhkan Kerajaan Perpaduan?

MCA persoal tindakan berterusan DAP menyerang parti itu yang menjadi sebahagian daripada kerajaan

3:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan DAP membuat ‘serangan politik’ termasuk meminta MCA meninggalkan Barisan Nasional (BN) dan menyertai Perikatan Nasional (PN) menimbulkan persoalan apakah parti itu mahu menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Persoalan tersebut dilontarkan Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong yang hairan dengan sikap DAP terhadap parti itu sejak akhir-akhir ini.

Menurutnya, di bawah Kerajaan Perpaduan, DAP sepatutnya menghormati peranan MCA dalam BN yang turut sama membawa kepada pembentukan kerajaan semasa.

“Kenapa sehingga ada (pemimpin DAP) yang mengeluarkan kenyataan mencadangkan MCA keluar dari BN? Adakah DAP nak menjatuhkan kerajaan hari ini? Apa motifnya?” Soalnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas tindakan beberapa pemimpin DAP yang berterusan menyerang MCA termasuk Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok sehingga menggelar MCA sudah sesat.

Terbaharu, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji menegaskan kepada MCA supaya tidak mencuba untuk menjadi hero.

Choo Seong berkata, apabila seseorang Yang Berhormat (YB) bersuara sebagai jurucakap rakyat, ia tidak bermaksud YB tersebut bermain politik.

“MCA hero rakyat, memperjuang isu rakyat, apa salahnya? Apa salah Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong bertanya soalan di dalam Parlimen dan membangkitkan isu-isu melibatkan kepentingan rakyat dan negara?

“Apa yang Presiden MCA suarakan ini adalah peringatan dan kritikan membina demi kepentingan rakyat. Apa salah jadi hero rakyat? Takkan nak jadi penindas rakyat pula? Sebagai parti komponen BN, MCA meletakkan keutamaan kepada kesepakatan bersama dalam menentukan sesuatu sokongan,” katanya.

Baru-baru ini Ka Siong menegaskan parti pimpinannya itu tetap akan berperanan sebagai ‘semak dan imbang’ di dalam sistem demokrasi negara memandangkan tiada seorang pun Ahli Parlimen berketurunan Cina di blok pembangkang bagi menjalankan peranan berkenaan ketika ini.

Penegasan beliau itu sebagai membidas kenyataan Teresa yang mendakwa MCA agak ‘sesat’ apabila ditanya mengenai hubungan DAP dan MCA dalam Kerajaan Perpaduan.

Choo Seong berkata, MCA mengulangi pendirian dalam memainkan peranan untuk semak dan imbang dalam kerajaan.

“Kerajaan dan pemimpin yang berjiwa besar sepatutnya tahu membezakan teguran yang membina daripada serangan yang berniat jahat, dan mengambil yang jernih sambil membuang yang keruh agar dapat terus menambaih baik urus tadbir demi kepentingan rakyat. Ini juga selaras dengan prinsip kerajaan ketika ini.

“Nasihat saya kepada mereka (pemimpin DAP), belajarlah daripada bekas-bekas pemimpin DAP terdahulu seperti bekas Naib Pengerusi, Tunku Abdul Aziz; bekas Timbalan Pengerusi, Zulkifli Mohd Noor; Mohamad Razali Abdul Rahman dan Amran Ahmad.

“Kesemua mereka sedar bahawa DAP bukanlah parti yang benar-benar memperjuangkan isu rakyat, DAP bukan hero rakyat yang sebenar. Malah, lebih teruk, gemar memainkan sentimen agama serta perkauman semata-mata mahu meraih sokongan, tanpa menghiraukan kesan terhadap masyarakat majmuk di Malaysia,” katanya. – 11 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

Shuhaily new Bukit Aman CID director

Kuala Lumpur police chief Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain has been appointed as the Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) director effective August 30

Related