PBAPP kesan satu lagi kebocoran paip di Sungai Perai

PBAPP akan terus mengepam air melalui saluran paip buat masa ini dan ⁠pengguna pemulihan tahap kedua diminta untuk menyimpan air

2:06 PM MYT

 

BUTTERWORTH – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan telah mengesan satu lagi kebocoran saluran paip bawah air di dasar Sungai Perai, di sini hari ini.

PBAPP dalam kenyataan berkata, kakitangan PBAPP sedang menyiasat punca dan lokasi kebocoran untuk memeriksa sama ada ia berada di bahagian yang sama yang telah dibaiki semalam.

“Walaupun berlaku kebocoran, PBAPP akan terus mengepam air melalui saluran paip buat masa ini dan ⁠pengguna pemulihan tahap kedua diminta untuk menyimpan air.

“Saluran paip itu mungkin akan ditutup kemudian untuk kerja-kerja pembaikan kecemasan, ia masih dalam siasatan. PBAPP akan berkongsi hasilnya apabila ia mempunyai maklumat dan data yang tepat,” menurut kenyataan itu.

Semalam PBAPP memaklumkan kerja membaiki saluran paip di dasar Sungai Perai telah dapat disiapkan membabitkan kerja-kerja mengikat pengapit yang diubah suai pada saluran itu.

Sungai Perai merupakan lokasi terakhir daripada keseluruhan 22 lokasi di seluruh Pulau Pinang yang menjalani kerja pembaikan sampingan selain kerja utama mengganti dua unit injap 1,200 milimeter (mm) di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua.

Datuk Azrul Mahathir Aziz (tengah) ketika bersama membantu Misi Bantuan Bekalan Air DUN Bayan Lepas di Pulau Pinang, hari ini. – Gambar ihsan ADUN PH N38 Bayan Lepas, 12 Januari, 2024

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Datuk Azrul Mahathir Aziz berkata, kejadian kebocoran saluran paip tersebut akan menyebabkan pemulihan air bagi penduduk di kawasan Relau, Bayan Lepas, Teluk Kumbar, Gertak Sanggul dan Sungai Batu akan mengalami kelewatan atau terhenti semula.

Katanya berikutan itu beliau berharap PBAPP dapat meningkatkan penghantaran bekalan air melalui lori tangki di kawasan terlibat kerana kebanyakan penduduk sudah kehabisan air selepas mengalami gangguan bekalan air berjadual sejak Rabu lepas.

“Hari ini ada beberapa kawasan di sekitar DUN Bayan Lepas seperti di kawasan kampung di Teluk Kumbar telah memperoleh bekalan air selepas mengalami gangguan bekalan air berjadual sejak Rabu.

“Namun kejadian saluran paip bocor di Sungai Perai itu akan menyebabkan masalah gangguan bekalan air terjadi semula di kawasan kami dan ini akan menyukarkan penduduk setempat,” katanya ketika ditemui di Teluk Kumbar, dekat sini.

Azrul Mahathir berkata, pada masa ini terdapat 10 lori tangki air yang diletakkan di kawasan DUN Bayan Lepas untuk kegunaan penduduk dan kebanyakan telah kehabisan air serta perlu diisi semula.

”Sebuah tangki jumbo berkapasiti 40,000 liter juga hampir habis manakala beberapa tangki air lain juga hampir habis, pengisian air tangki ini akan mengambil masa dan kami berharap paip yang bocor di Sungai Perai akan dapat dibaiki segera,” katanya.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (baju biru) meninjau keadaan kebocoran paip di Sungai Perai, Pulau Pinang. – Gambar Facebook Chow Kon Yeow, 12 Januari, 2024

PBAPP dalam kenyataan pagi ini memaklumkan tahap kedua pemulihan bekalan air telah bermula dari 6 pagi tadi dengan pengepaman optimum air terawat dari LRA Sungai Dua ke bahagian pulau dan menyasarkan untuk memulihkan bekalan kepada 495,065 pengguna menjelang 6 pagi esok.

Sebanyak 590,000 akaun pengguna di seluruh Pulau Pinang terjejas dengan gangguan bekalan air berjadual bermula 6 pagi pada Rabu lepas, namun sekurang-kurangnya 101 kawasan di daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) dijangka menerima bekalan air selepas 48 jam.

Sebanyak 157 kawasan membabitkan SPT, Seberang Perai Selatan (SPS) dan Timur Laut serta Barat Daya di kawasan pulau pula akan mula menerima bekalan air selepas 72 jam. – 12 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related