Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1708523759:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 275
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 155765
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-142489
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:179:"Menerusi perkongsian di Facebook, pembeli terbabit mendakwa kenderaannya yang baharu dua minggu digunakan berdepan beberapa kerosakan selepas pertama kali dihantar ke pusat servis";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Honda
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Kurang dua minggu selepas ‘kecoh’ isu sebuah kereta yang baharu dibeli pelanggan rosak dalam tempoh singkat, semalam
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 52
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748384749";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:22;i:2;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748013723";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:15;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748384749
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_stopmodifiedupdate] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_modified_date] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-142489
        )

)
Satu lagi kereta baharu tersadai berbulan di pusat servis, ‘berapa lama saya perlu tunggu’ | Scoop

Satu lagi kereta baharu tersadai berbulan di pusat servis, ‘berapa lama saya perlu tunggu’

Menerusi perkongsian di Facebook, pembeli terbabit mendakwa kenderaannya yang baharu dua minggu digunakan berdepan beberapa kerosakan selepas pertama kali dihantar ke pusat servis

2:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kurang dua minggu selepas ‘kecoh’ isu sebuah kereta yang baru dibeli pelanggan rosak dalam tempoh singkat, semalam muncul pula pendedahan seorang wanita mengenai masalah hampir sama.

Menerusi perkongsian di akaun Facebook menggunakan nama Noriya Mamat itu, wanita terbabit mendakwa kenderaan baharu jenis Honda miliknya mengalami masalah dan ‘tersadai’ di pusat servis hanya kira-kira 14 hari selepas digunakan.

Katanya, perasaan gembira menerima kenderaan itu pada akhir Ogos lalu, iaitu selepas lapan bulan menunggu, bertukar sedih dan kecewa sebaik sahaja ia dihantar ke pusat servis di negeri Pantai Timur untuk operasi perbatuan 1,000 kilometer (km).

“Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari. Selepas dua minggu kereta diguna, kereta dihantar ke pusat servis untuk operasi servis 1,000km. Kereta dihantar pada sebelah pagi dan sebelah petang kereta sudah boleh diguna seperti biasa.

“Selepas dua hari (diambil) dari pusat servis, kereta alami beberapa kerosakan, iaitu controller lampu depan tidak boleh dilaras, lampu penunjuk pada dashboard berkelip-kelip dan lampu kecemasan (emergency light) menyala,” katanya menerusi perkongsian itu.

Menurutnya, dia kemudian menghantar semula kenderaan berkenaan ke pusat servis dan seminggu selepas itu dimaklumkan ia boleh diambil.

Bagaimanapunya, katanya, masalah sama berulang dan dia sekali lagi terpaksa menghantar kenderaan itu ke pusat servis.

Lebih menyedihkannya apabila dia terpaksa berulang-alik ke pusat servis dalam keadaan sarat mengandung pada ketika itu.

Menurut Noriya Mamat, beberapa kali berulang-alik ke pusat servis masalah sama berulang dan hingga kini punca masalah masih tidak diketahui. – Gambar Facebook, 12 Januari, 2024

“Kereta masih belum pulih. Alasan pusat servis ‘tidak dapat mengesan punca masalah kereta’,” katanya.

Bercerita lanjut, wanita itu berkata, masalah terbabit berterusan, dengan pegawai teknikal dari pihak ibu pejabat Honda dikatakan akan datang ke negeri berkenaan untuk melihat masalah kereta berkenaan.

“Saya dihubungi ibu pejabat Honda dan dimaklumkan bahawa masalah kereta saya tidak dapat diselesaikan.

“Setelah empat bulan kereta berada di pusat servis, kali ini mereka maklumkan bahawa kereta akan dibawa ke ibu pejabat Honda di Kuala Lumpur untuk dipantau lebih lanjut dan (memerlukan) tempoh sebulan untuk mencari penyelesaian,” katanya.

Susulan situasi itu, wanita terbabit mempersoalkan berapa lama dia perlu menunggu dalam keadaan ansuran bulanan kenderaan berkenaan perlu dilunaskannya setiap bulan.

Menurut Noriya Mamat menunjukkan kereta Honda City yang diterima sebagai ganti kepada keretanya yang rosak. – Gambar Facebook, 12 Januari, 2024

“Persoalan saya? Berapa lama lagi saya perlu menunggu? Setiap bulan saya perlu membayar RM1,500 untuk kereta yang tidak saya gunakan.

“Mengapa pihak Honda mengambil masa lama untuk kes seperti ini. Di mana khidmat lepas jualan yang terbaik dijanjikan Honda?” katanya.

Namun, menerusi perkongsian itu, wanita terbabit berkongsi foto bersama sebuah kereta dari jenama sama sebagai kenderaan ganti.

Keterangan ditulis di foto itu adalah ‘Honda City yang diganti selepas kami meminta gantian, tu pun selepas anak saya dah berusia dua bulan’,” katanya.

Topics

 

Hangat

Muda’s asset rankings: Kalyana, Siva Prakash revealed as wealthiest candidates

Two of Muda’s candidates for the six state elections, Kalyana Rajasekaran Teagarajan and R. Siva Prakash, appear to have the most assets compared to other hopefuls from the youth-based party.

Asiad: CDM confident contingent can achieve target of 27 medals

The Malaysian contingent to the Asian Games is confident they can achieve the target of 27 medals, with eight hari of competition remaining before the closing ceremony on Oktober 8.

[LIVE] Nik Elin v Kelantan: justices void 16 out of 18 provisions, over 500 gathered outside

The justices rule that only two Sections out of 18 provisions contended are legal, which are Section 13 (selling or giving away a child to non-Muslim or morally reprehensible Muslim) and Section 30.

Related