Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1705057548:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 308
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748413317";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:6;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748105896";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:9;i:1;i:16;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748413317
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 155919
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:112:"Pindaan Perlembagaan Umno bertujuan menghalang Ahli Parlimen Umno bertindak membelakangi apa jua keputusan parti";}
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Umno
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Pindaan Perlembagaan Umno bertujuan menghalang Ahli Parlimen Umno bertindak membelakangi apa jua keputusan parti
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 61
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Sertai pakatan lawan tanpa Umno akan terlucut keahlian, kerusi diisytihar kosong: Asyraf Wajdi | Scoop

Sertai pakatan lawan tanpa Umno akan terlucut keahlian, kerusi diisytihar kosong: Asyraf Wajdi

Pindaan Perlembagaan Umno bertujuan menghalang Ahli Parlimen Umno bertindak membelakangi apa jua keputusan parti

7:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerusi Ahli Parlimen Umno yang menyertai Pakatan lawan yang tidak dianggotai parti itu, akan diisytiharkan kosong, sekali gus membolehkan Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Duduki berkata, ia kerana keahlian Ahli Parlimen terbabit tergugur.

Katanya, perkara itu berdasarkan Fasal 20.11 Perlembagaan Umno yang memperutukkan keahlian parti akan tergugur secara automatik sekiranya ahlinya yang dipilih sebagai Ahli Parlimen dan kemudian, menyertai pakatan politik tidak dianggotai parti berkenaan.

“Ini termasuklah menandatangani perjanjian untuk membentuk pakatan dengan parti lawan, sekali gus bertentangan dengan pendirian parti,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata, ramai mungkin tidak menyedari, termasuk penganalisis politik, ahli akademik dan pembangkang bahawa Perlembagaan Umno sudah dipinda pada 13 Januari tahun lalu pada Perhimpunan Agong Umno (Pau) Khas.

Pindaan itu, katanya, bertujuan menghalang Ahli Parlimen Umno, bertindak membelakangi apa jua keputusan parti.

Menurutnya, ia termasuk menyertai apa juga pakatan politik untuk menyokong seseorang sebagai Perdana Menteri.

“Setiap Ahli Parlimen Umno dan BN (Barisan Nasional) juga terikat dengan perjanjian dan akujanji ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah bahawa mereka terikat dengan bon berjumlah RM100 juta,” katanya.

Justeru, Asyraf Wajdi berkata, sebarang perlanggaran menyebabkan mereka wajib membayar RM100 juta kepada parti, sebagaimana kes Datuk Zuraida Kamaruddin melawan vs PKR di mana Mahkamah Tinggi memutuskan, bon RM10 juta yang ditetapkan parti berkenaan sah dan wajib dibayar.

“Semua pindaan ini dilakukan kerana mengambil iktibar ketidakstabilan politik yang memudaratkan rakyat dan negara selepas PRU-14 (Pilihan Raya Umum ke-14) pada tahun 2018,” katanya.

Terdahulu, tercetus desas-desus kononnya terdapat beberapa Ahli Parlimen kerajaan didakwa bersekongkol dengan pembangkang bagi menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Perkara itu hangat diperkatakan selepas media pada Disember lalu melaporkan, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-kom), Datuk Ismail Yusop mendakwa wujud komplot Langkah Dubai didalangi pemimpin parti pembangkang, termasuk beberapa ahli parti politik kerajaan, dengan matlamat menumbangkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ismail berkata, Langkah Dubai timbul sewaktu percutian pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan daripada pihak kerajaan itu di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAEs), baru-baru ini.

Pertemuan itu didakwa berlangsung untuk berunding, selain menetapkan tugas tertentu kepada ‘pegawai’ yang dipertanggungjawab untuk mengenal pasti ahli Parlimen yang berpotensi beralih sokongan kepada pembangkang dengan sogokan, semata-mata mahu menubuhkan kerajaan ‘tebuk atap’.

Selain pemimpin PN, beliau mendakwa ada pembabitan tokoh politik veteran berpengaruh berpangkat Tun yang bersekongkol dengan pembangkang, termasuk dikatakan menggunakan ‘sumber asing’ untuk menggulingkan pentadbiran Anwar.

Manakala, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mengesahkan wujud rancangan di pihak PN untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan, menerusi proses demokrasi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, langkah itu dirangka berdasarkan kelompongan Akta Antilompat Parti yang digunakan kerajaan Anwar untuk menarik sokongan lima Ahli Parlimen PN.

Malah, Sanusi menegaskan, beliau berpandangan apa-apa proses dibenarkan undang-undang boleh dilakukan kerana ia membolehkan sokongan dinyatakan kepada sesiapa.

Dakwanya, PN juga sudah mempunyai jumlah akuan bersumpah (SD) yang mencukupi untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan dan kini hanya menunggu hari untuk perkara itu terjadi. – 12 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Umur persaraan hakim syarie dicadang dinaikkan kepada 66 tahun

Umur persaraan Hakim Mahkamah Syariah di negara ini, dicadang dilanjutkan daripada 60 tahun kepada 66 tahun ketika ini.

Pembangkang patut semak imbang Kerajaan Perpaduan secara munasabah, ‘laksana tanggungjawab moral anda’: Najwan

Pembangkang dicabar memainkan peranan mereka sebaik mungkin untuk melakukan ‘semak dan imbang’ dengan munasabah dalam situasi kestabilan pentadbiran ditunjukkan Kerajaan Perpaduan ketika ini

Man found in Bezza near car boot sale died over five days ago, say police 

Subsequently, Petaling Jaya deputy police chief M. Hussin Sollehuddin Zolkifly called on witnesses of the incident to come forward to the nearest police station to assist with the investigations. 

Related