495,065 pengguna terjejas di Seberang Perai, bahagian pulau sudah terima bekalan air sepenuhnya: PBAPP

PBAPP juga menumpukan usaha memulihkan bekalan air di daerah Barat Daya terutama di kawasan hujung paip agihan dan kawasan tinggi

12:36 PM MYT

 

GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan pengguna di kawasan tahap kedua pemulihan bekalan air telah selesai mendapat bekalan air sepenuhnya pada pukul 6 pagi ini.

PBAPP dalam kenyataan hari ini memaklumkan, tahap kedua pemulihan bekalan air membabitkan 495,065 pengguna atau 84 peratus daripada 590,000 pengguna terjejas di Seberang Perai dan di bahagian pulau negeri itu.

“Ketika ini PBAPP berusaha untuk memulihkan bekalan air kepada 99.5 peratus daripada 590,000 yang bermula dari 6 pagi tadi, dengan pengepaman optimum air terawat dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua ke Pulau Pinang.

“PBAPP juga menumpukan usaha memulihkan bekalan air di daerah Barat Daya terutama di kawasan hujung paip agihan dan kawasan tinggi yang dijangka selesai menjelang 6 pagi esok,” menurut kenyataan itu.

Sebanyak 590,000 akaun pengguna di seluruh Pulau Pinang terjejas dengan gangguan bekalan air berjadual bermula 6 pagi Rabu lepas, namun sekurang-kurangnya 101 kawasan di daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) dijangka menerima bekalan air selepas 48 jam.

Sebanyak 157 kawasan membabitkan SPT, Seberang Perai Selatan (SPS) dan Timur Laut serta Barat Daya di kawasan pulau pula akan mula menerima bekalan air selepas 72 jam.

Sementara itu, PBAPP memaklumkan, pihaknya telah mengenal pasti beberapa bahagian melibatkan kebocoran baharu saluran paip Sungai Perai yang berlaku semalam.

“Kerja-kerja pembaikan kebocoran itu akan dilaksanakan secepat mungkin,” menurut kenyataan itu.

Semalam media melaporkan, PBAPP telah mengambil langkah segera dengan melencongkan paip sementara, susulan kebocoran baharu yang dikesan pada saluran paip di dasar Sungai Perai.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dilaporkan berkata, paip berdiameter 900 milimeter (mm) itu dilencongkan merentasi jambatan Ampang Jajar di bahagian atas permukaan sungai.

Langkah kecemasan berkenaan diambil selepas penilaian mendapati paip sedia ada di Sungai Perai itu tidak lagi boleh dibaiki. – 13 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related