Bas ekspres terbakar: Pelancong dari Chennai, India maut, empat ahli keluarga cedera

Kejadian berlaku di Kilometer 198 Lebuhraya Utara Selatan (arah utara) pagi tadi

3:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pelancong dari Chennai, India, Yafarah Taj Fakrudin Hussaini, 17, maut manakala empat ahli keluarganya cedera selepas bas dinaiki terlibat kemalangan dan terbakar di Kilometer 198 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, Yafarah meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Alor Gajah dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Menurut beliau, badan mangsa hangus terbakar, manakala mangsa yang cedera adalah Peer Mohamed Kannudeen, 69, terbakar hampir 80 peratus dan Anissa Begum Fakrudin Hussaini, 45, terbakar hampir 50 peratus.

Katanya, Mohideenmeraal Beermohamed, 69, dan seorang warga Singapura, Tasmiyah Taj, 19, pula cedera ringan.

Bas yang membawa 28 penumpang itu terbakar selepas melanggar sebuah motosikal yang terbabas. – Ihsan Bomba, 13 Januari, 2024

“Kelima-lima mangsa termasuk si mati adalah dari satu keluarga. Bas yang membawa 28 penumpang itu terbakar selepas melanggar sebuah motosikal yang terbabas manakala penunggangnya terjatuh ke laluan paling kiri.

“Penunggang itu sempat bangun mengelak ke kiri jalan dan tidak lama kemudian datang bas berkenaan telah melanggar dan menyeret motosikal ke hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Arshad berkata, akibat daripada pelanggaran itu bas mengalami kebakaran dan terdapat tiga penumpang yang duduk di bahagian belakang telah terperangkap mengalami kecederaan badan terbakar dan melecur.

Tambah Arshad, baki 23 penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan manakala penunggang motosikal cedera luka-luka pada anggota badan.

– Ihsan Bomba, 13 Januari, 2024

“Dua pemandu bas berusia 24 dan 46 tahun tidak cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Terdahulu Scoop melaporkan, seorang pelancong maut terbakar manakala enam lagi cedera termasuk dua parah selepas bas ekspres dinaiki terlibat nahas di Kilometer 198.0 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara).

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Timbalan Penguasa Bomba ll, Zahrul Azha Mokhtar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.50 pagi itu, bas dua tingkat berkenaan dalam perjalanan dari Singapura menuju Kuala Lumpur. – 13 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

Related