Foto zaman kecil dikongsi Putera Mateen bersama isteri curi perhatian, ‘comelnya, cinta teman sepermainan’

Menerusi foto itu, Putera Mateen dan Dayang Anisha Rosnah yang sedang memegang botol susu duduk bersebelahan

11:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah menarik perhatian pengikutnya di Instagram apabila berkongsi fotonya bersama isteri, Dayang Anisha Rosnah duduk bersebelahan ketika kedua-duanya masih kecil.

Lebih ‘comel’, dalam foto itu, Dayang Anisha yang memakai dress sedang memegang botol susu.

Putera Mateen bersama isterinya, Dayang Anisha Rosnah ketika kecil. Gambar ini dikongsikan di media sosial Putera Mateen sebentar tadi – Gambar Instagram Putera Mateen, 14 Januari, 2024

“14.01.2024. Alhamdulillah,” katanya ringkas mencatatkan tarikh dia memuatnaik foto itu malam ini dengan meluahkan kesyukuran.

Perkongsian itu satu daripada lima foto dimuat naik Putera Mateen menerusi hantaran berkenaan.

Tiga daripada foto dikongsikan itu adalah ketika kedua-duanya diraikan pada Istiadat Persandingan Diraja yang berlangsung di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, hari ini.

Manakala, satu foto memaparkan putera kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah itu sedang dipakaikan pakaian rasmi kerabat Brunei, sama seperti dikenakannya pada istiadat persandingannya siang tadi.

Kurang sejam dimuat naik, hantaran Putera Mateen menerima lebih 278 tanda suka, dengan hampir 900 komen.

“The love story of (kisah cinta) teman sepermainan,” kata seorang pengguna media sosial itu, rahmadani.danial.

“Gambar last (foto kedua-duanya masih kecil) tu comel lah, cute je hehehe, tahniah Putera Mateen dan isteri,” tulis inaijari01.

“Wah memang jodoh dari kecil. Sama cantik sama padan. Bertuah badan. Cogratulations (tahniah),” komen_mrjormarc.

Manakala, di sebalik ramai meletakkan tanda hati sebagai menyukai hantaran dikongsikan itu, ada segelintir pengikutnya masih meluahkan ‘kesedihan’ dan ‘kekecewaan’ susulan perkahwinan Putera Mateen yang diminati mereka, namun tetap mendoakan supaya beliau bahagia selamanya.

“Saya rasa kecewa sangat tapi tahniah dan semoga semuanya baik-baik,” menurut seorang individu.

“Patah hatiku kamu bernikah tapi aku doakan kamu dan isteri kekal selamanya,” katanya seorang pengguna.

“Aku benar-benar harus merelakanmu putera (Mateen),” luah pengikutnya yang lain.

Berita perkahwinan Putera Mateen, 32, yang sentiasa mendapat perhatian ramai kerana disifatkan kacak dan berpersonaliti menarik dilaporkan media, Radio Television Brunei (RTB) News pada 8 Oktober tahun lalu.

Dayang Anisha Rosnah, 29, pula dilaporkan cucu kepada Pehin Datuk Isa, iaitu penasihat khas kepada Sultan Brunei.

Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu yang sudah mengenali sejak kecil berlangsung 10 hari bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari lalu.

Majlis akad nikah pasangan itu berlangsung pada 11 Januari jam 2.15 petang di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, dengan ia disiarkan secara langsung menerusi RTB. – 14 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related