Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1705306526:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 217
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 156965
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:108:"Malaysia dan negara ASEAN lain perlu sepakat menyokong hak rakyat Palestin mendapat kedaulatan negara mereka";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Suhakam
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa kerajaan untuk turut campur tangan dalam perbincangan di Mahkamah Keadilan
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749543794";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:23;i:2;i:8;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749984424";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:10;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749984424
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Kerajaan digesa campur tangan di ICJ, pastikan Israel tak terlepas hukuman | Scoop

Kerajaan digesa campur tangan di ICJ, pastikan Israel tak terlepas hukuman

Malaysia dan negara ASEAN lain perlu sepakat menyokong hak rakyat Palestin mendapat kedaulatan negara mereka

4:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa kerajaan untuk turut campur tangan dalam perbincangan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) supaya Israel tidak terlepas hukuman atas dakwaan melakukan jenayah perang di Palestin.

Menurut suruhanjaya itu, sebagai negara yang berpihak kepada Konvensyen Genosid, Malaysia harus memberi komitmen dan memastikan Israel bertanggungjawab ke atas kekejaman yang dilakukan di Gaza.

Katanya, kerajaan perlu bersepakat dengan semua sekutu dalam Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan badan serantau lain untuk turut campur tangan atau menyokong hak rakyat Palestin dalam mendapatkan kedaulatan negara mereka.

“Pelanggaran hak asasi manusia dan penyeksaan tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin sejak berdekad lamanya tidak boleh diterima dan kerajaan menyokong tindakan Afrika Selatan mengheret Israel di ICJ.

“Justeru, Suhakam juga menyeru agar kerajaan menimbang semula reservasi kepada Perkara 9 Konvensyen Genosid yang khususnya menekankan mengenai pencegahan dan hukuman jenayah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada 11 Januari lalu, Israel didakwa di ICJ berikutan serangan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, Palestin.

Pada 11 Januari lalu, Afrika Selatan mengheret Israel ke ICJ atas dakwaan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, Palestin. – Gambar ICJ, 15 Januari, 2024

Dakwaan itu dibuat selepas Afrika Selatan mengemukakan rayuan segera kepada ICJ untuk memaksa Israel menggantung serta-merta operasi ketenteraannya di Gaza.

Afrika Selatan berhujah, Israel melanggar Konvensyen Genosid Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 1948 selepas Perang Dunia II dan Holocaust.

Sebagai rakan yang menandatangani perjanjian itu, Afrika Selatan boleh membawa Israel ke ICJ untuk sebarang pertikaian antara negara, yang sering digambarkan sebagai ‘mahkamah dunia’.

Afrika Selatan kini mendapat sokongan kira-kira 20 negara dan antara negara yang menentang adalah Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman dan Kanada.

Mengulas lanjut, Suhakam berkata, selaras dengan komitmen untuk memupuk solidariti dalam kalangan institusi hak asasi manusia kebangsaan, pihaknya komited menyokong Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Afrika Selatan.

“Suhakam menyeru masyarakat antarabangsa untuk terus memberi sokongan kepada Afrika Selatan dan menggariskan akan kepentingan untuk memastikan keadilan, hak asasi manusia, dan kebertanggungjawaban.

“Suhakam juga berharap agar isu ini akan menemui satu titik penyelesaian damai kepada konflik di rantau tersebut,” katanya. – 15 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Has J-Kom ‘strayed’ from its true purpose of promoting govt programmes?

Has the Community Communications Department (J-Kom), an agency tasked with disseminating information on the benefits and development of government programmes to the people, “strayed” from its intended purpose?

Related