Guterres gesa gencatan senjata segera, akses bantuan kemanusiaan di Semenanjung Gaza

Masalah kelaparan yang sedang melanda penduduk Gaza menyumbang kepada risiko penyakit, kekurangan zat makanan dan ancaman kesihatan yang lain

1:16 PM MYT

 

NEW YORK – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Isnin sekali lagi menggesa gencatan senjata kemanusiaan segera dilaksanakan di Semenanjung Gaza.

“Kita memerlukan gencatan senjata kemanusiaan dengan kadar segera untuk memastikan bantuan dapat sampai kepada mereka yang memerlukan.

“Tiada apa yang boleh membenarkan hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin,” kata Guterres pada sidang media di New York, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Beliau berkata masalah kelaparan yang sedang melanda penduduk Gaza menyumbang kepada risiko penyakit, kekurangan zat makanan dan ancaman kesihatan yang lain.

Setiausaha Agung PBB itu berkata seramai 152 pekerja PBB maut sejak 7 Oktober lalu, menandakan jumlah kematian terbesar dalam sejarah badan dunia itu. – 16 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related