Suspek khianat rumah Ngeh Koo Ham disambung reman sehari lagi

Polis mahu terus menyiasat untuk mengetahui sejauh mana penglibatan suspek dalam kes tersebut

2:28 PM MYT

 

IPOH – Tempoh reman lelaki yang ditahan kerana disyaki melakukan khianat api di kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham, disambung sehari lagi hingga esok.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Bernama berkata, permohonan reman itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pagi ini.

“Kita akan terus menyiasat untuk mengetahui sejauh mana penglibatan suspek dalam kes ini,” katanya.

Mohd Yusri juga berkata, hasil siasatan forensik kebakaran yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga akan diambil kira dalam penyiasatan berkenaan.

Lelaki berusia 30-an yang ditahan di Shah Alam pada 12 Januari lalu, ditahan reman sehingga hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.

Dalam kejadian awal pagi Rabu lalu, rumah Koo Ham dipercayai dilontar dengan ‘molotov cocktail’ menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta miliknya manakala dua kenderaan lagi mengalami kerosakan. – 16 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related