Rogol, samun penuntut kolej: Dua anggota polis akan didakwa esok

Mereka akan didakwa di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama

11:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Dua anggota polis akan dituduh di Mahkamah Ampang pada pukul 2 petang esok, berkaitan kes samun dan rogol seorang penuntut sebuah kolej swasta di Bukit Ampang View.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kedua-dua anggota polis terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Tambah beliau, salah seorang anggota polis juga akan didakwa di bawah Seksyen 14(A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dan juga Seksyen 377(C), Seksyen 377(CA), dan Seksyen 371(1) Kanun Keseksaan.

“Mereka (dua anggota polis terbabit) juga telah dikenakan tindakan ditahan kerja serta merta,” kata Hussein dalam satu kenyataan.

Tegasnya, tiada sesiapa akan dilindungi jika terlibat dengan jenayah dan setiap kes akan disiasat dengan mereka yang terlibat akan dibawa ke muka pengadilan.

Jumaat lepas, dua anggota polis peronda berpangkat Konstabel dan Lans Koperal telah ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kes samun dan rogol seorang pelajar kolej swasta di Bukit Ampang View.

Penahanan itu dilakukan selepas kedua-dua anggota polis berumur antara 20-an ke 30-an itu dipercayai membawa penuntut dan rakan lelakinya ke tempat berasingan pada 9 Januari lalu, sebelum salah seorang daripada anggota tersebut bertindak merogol mangsa.

Kedua-dua anggota polis tersebut telah direman sehingga hari ini. – Januari 16, 2024

Topics

 

Hangat

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Related